Connect with us

Antarabangsa

Tentera Israel belasah, halang penduduk Palestin ke Masjid Al-Aqsa

Penduduk Palestin diserang ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Wartawan TMT

Published

on

Tentera Israel belasah, halang penduduk Palestin ke Masjid Al-Aqsa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penduduk Palestin diserang ketika dalam perjalanan menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
  • Mangsa ditahan tentera rejim ketika tiba di perkarangan masjid, sebelum diserang dan dihalau keluar.
  • Tentera rejim kemudian menutup salah satu pintu pagar masjid, lalu menghalang umat Islam menunaikan ibadah sekali gus mencetus protes di lokasi terbabit.
  • Dalam satu lagi insiden, seorang petani Palestin ditahan, manakala seorang lagi dibelasah tentera rejim.

TEBING BARAT : Penduduk Palestin diserang ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Mangsa ditahan tentera rejim ketika tiba di perkarangan masjid, sebelum diserang dan dihalau keluar.

Tentera rejim kemudian menutup salah satu pintu pagar masjid, lalu menghalang umat Islam menunaikan ibadah sekali gus mencetus protes di lokasi terbabit.

Dalam satu lagi insiden, seorang petani Palestin ditahan, manakala seorang lagi dibelasah tentera rejim.

Insiden berlaku ketika mereka cuba bersemuka penduduk haram Yahudi yang turut membawa senjata di daerah Kafr ad-Dik.

Anak mangsa memberitahu, penduduk haram Yahudi melepaskan binatang ternakan mereka ke kawasan pertanian milik bapanya sesuka hati

Malah penduduk haram Yahudi juga membina pos kawalan untuk memantau binatang ternakan mereka di tanah ladang penduduk Palestin.

Sumber: BuletinTV3

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending