Antarabangsa
Bekas aktivis trans dakwa transgender umpama kultus sasar kanak-kanak
Bekas aktivis transgender mendakwa, pergerakan dan agenda yang dibawa golongan transgender merupakan satu kultus yang menyasarkan kanak-kanak.
- Bekas aktivis transgender mendakwa, pergerakan dan agenda yang dibawa golongan transgender merupakan satu kultus yang menyasarkan kanak-kanak.
- Kay Yang, 36, kini bekerja sebagai seorang ‘deprogrammer’ dengan tugas membantu ibu bapa dan kanak-kanak yang telah di indoktrinasi dengan agenda transgender di Amerika Syarikat (AS), demikian lapor Daily Mail.
- Dia menyifatkan pergerakan LGBT itu sebagai sebuah kultus dengan situasi di mana ibu bapa tidak menyedari hakikat bahawa anak-anak mereka sedang didoktrinkan.
- Sebagai aktivis LGBTQ semenjak 2012, Kay pernah mengenali seorang transgender yang bertindak mencabul budak lelaki berusia 16 tahun, dan perkara sebegitu didapati tidak ‘mengejutkan’ rakan sekelilingnya.
Bekas aktivis transgender mendakwa, pergerakan dan agenda yang dibawa golongan transgender merupakan satu kultus yang menyasarkan kanak-kanak.
Kay Yang, 36, kini bekerja sebagai seorang ‘deprogrammer’ dengan tugas membantu ibu bapa dan kanak-kanak yang telah diindoktrinasi dengan agenda transgender di Amerika Syarikat (AS).
Dia menyifatkan pergerakan LGBT itu sebagai sebuah kultus dengan situasi di mana ibu bapa tidak menyedari hakikat bahawa anak-anak mereka sedang didoktrinkan.
Tindakan pergerakan itu menyarankan kanak-kanak menerima idea-idea seksual, menurutnya merupakan satu perbuatan antun seksual kanak-kanak, lapor Daily Mail.
Sebagai bekas aktivis LGBTQ semenjak 2012, Kay pernah mengenali seorang transgender yang bertindak mencabul budak lelaki berusia 16 tahun, dan perkara sebegitu didapati tidak ‘mengejutkan’ rakan sekelilingnya.
Atas kesedaran itu, beliau berhenti berkempen untuk LGBTQ dan membuat keputusan menjadi seorang deprogrammer semenjak tahun 2018.
Terdahulu, Kay yang pernah bertugas di sekolah sebagai ‘pendidik trans’ telah diserang sekumpulan peserta perhimpunan sambutan hari Pride di Washington Square.
Tindakannya memegang plakad bertulis ‘Pertahankan hak berdasarkan jantina wanita’ menyebabkan dirinya dikepong, diserang dari pelbagai arah sehingga plakad tersebut dirampas dan dirosakkan peserta perhimpunan.
Sumber: Daily Mail Online