Connect with us

Terkini

Gagal Matematik SPM: Malaysia hilang satu per empat tenaga manusia berkemahiran tinggi

Malaysia sedang kehilangan satu per empat bakal tenaga manusia berkemahiran tinggi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Gagal Matematik SPM: Malaysia hilang satu per empat tenaga manusia berkemahiran tinggi
Foto: Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad.
  • Demikian kata penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad susulan hampir 90,000 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu gagal dalam mata pelajaran Matematik, manakala lebih 52,000 lagi tidak lulus dalam subjek bahasa Inggeris.
  • Ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak berpeluang meneruskan pendidikan dalam bidang Sains dan Teknologi di universiti.
  • “Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains  atau Fakulti Perubatan mana yang bersedia terima pemohon yang gagal Matematik SPM? Betul tak? Negara sedang kehilangan pelapis sumber tenaga manusia berkemahiran tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis.
  • Beliau berkata sekiranya tiada usaha pemulihan mahupun transformasi, maka tahun hadapan keputusan sebegini pasti akan berulang semula.

KUALA LUMPUR — Malaysia sedang kehilangan satu per empat bakal tenaga manusia berkemahiran tinggi.

Demikian kata penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad susulan hampir 90,000 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu gagal dalam mata pelajaran Matematik, manakala lebih 52,000 lagi tidak lulus dalam subjek bahasa Inggeris.

Katanya, situasi itu akan menyebabkan pelajar terbabit tidak berpeluang meneruskan pendidikan dalam bidang Sains dan Teknologi di universiti.

“Seorang bagi setiap empat murid gagal Matematik SPM 2022!! Tentulah selepas ini anak-anak ini tidak lagi berpeluang untuk meneruskan pendidikan mereka dalam bidang Sains dan Teknologi di universiti.

“Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains  atau Fakulti Perubatan mana yang bersedia terima pemohon yang gagal Matematik SPM? Betul tak? Negara sedang kehilangan pelapis sumber tenaga manusia berkemahiran tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis.

Anuar turut mempersoalkan sama ada masih ada pihak melihat situasi itu sebagai bukan krisis dan bertindak defensif sedangkan Malaysia kehilangan satu per empat bakal tenaga berkemahiran tinggi.

Beliau berkata sekiranya tiada usaha pemulihan mahupun transformasi, maka tahun hadapan keputusan sebegini pasti akan berulang semula.

“Nak tahu kesannya macam mana? Kereta ada empat tayar kan?Cuba pancitkan satu tayar dan terus pandu macam biasa atas lebuh raya…tengok apa jadi.

“Itulah juga nasib negara kita bila kita berterusan kehilangan satu per empat bakal -bakal sumber manusia berkemahiran tinggi,” katanya.

Menurut analisis keputusan SPM 2022 oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Untuk Malaysia mendapati daripada jumlah keseluruhan 373,974 calon menduduki SPM tahun lalu, 89,752 calon (24.3 peratus) gagal dalam Matematik sementara 52,674 calon (14.3 peratus) gagal dalam bahasa Inggeris.

Manakala 33,906 calon (8.4 peratus) tidak berjaya mendapatkan sijil kerana tidak lulus sama ada dalam subjek bahasa Melayu atapun Sejarah. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Anuar Ahmad

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *