Connect with us

Terkini

Isu transisi doktor kontrak ke jawatan tetap akan diselesaikan – Menteri Kesihatan

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan proses transisi jawatan doktor kontrak ke jawatan tetap akan diselesaikan dan tempat lama mereka akan diganti dengan segera.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Isu transisi doktor kontrak ke jawatan tetap akan diselesaikan – Menteri Kesihatan
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan proses transisi jawatan doktor kontrak ke jawatan tetap akan diselesaikan dan tempat lama mereka akan diganti dengan segera.
  • Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya akan mempertimbangan pergantian itu terutama kekosongan tempat yang ditinggalkan doktor kontrak sebelum ini.
  • “Bila masuk penempatan daripada doktor pelatih (housemen) kepada pegawai perubatan tetap, ia tentu ada penggantian selepas itu, jadi InshaAllah semua itu akan kita pertimbangkan.
  • “Kemaslahatan petugas kita, kita ambil prihatin,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Persidangan Kenali Ubat Anda Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
  • Sebelum ini, Hartal Doktor Kontrak (HDK) memberi amaran masalah kekosongan jawatan yang tidak diisi di klinik dan hospital kerajaan bakal mengganggu kelancaran perkhidmatan kesihatan negara.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan proses transisi jawatan doktor kontrak ke jawatan tetap akan diselesaikan dan tempat lama mereka akan diganti dengan segera.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya akan mempertimbangan pergantian itu terutama kekosongan tempat yang ditinggalkan doktor kontrak sebelum ini.

“Bila masuk penempatan daripada doktor pelatih (housemen) kepada pegawai perubatan tetap, ia tentu ada penggantian selepas itu, jadi InshaAllah semua itu akan kita pertimbangkan.

“Kemaslahatan petugas kita, kita ambil prihatin,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Persidangan Kenali Ubat Anda Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Katanya, Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang ditubuhkan sebelum ini kerap mengadakan sesi libat urus dengan beberapa kementerian dan pihak berkaitan bagi melihat secara mendalam isu doktor kontrak.

Dr. Zaliha berkata, hasil libat urus itu belum dibentangkan kepada Kabinet dan jawatankuasa itu telah melihat semua permasalahan yang timbul berkaitan isu yang dibangkitkan.

“Jadi saya tidak rasa kita akan meminggirkan doktor-doktor kontrak ini,” katanya.

Sebelum ini, Hartal Doktor Kontrak (HDK) memberi amaran masalah kekosongan jawatan yang tidak diisi di klinik dan hospital kerajaan bakal mengganggu kelancaran perkhidmatan kesihatan negara.

Masalah ini semakin meruncing jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera menyelesaikan isu perjawatan petugas perubatan.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *