Antarabangsa
Operasi SAR cari Hawari tamat, disambung tahun depan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang di kawasan pergunungan Everest ditamatkan hari ini dan akan disambung pada tahun depan.
- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang di kawasan pergunungan Everest ditamatkan hari ini dan akan disambung pada tahun depan.
- Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, pihaknya sudah menjalankan operasi SARbermula 19 Mei sehingga semalam namun masih belum menemui sebarang petunjuk.
- Menurutnya, permit khas pencarian menggunakan dron dan SAR udara yang diluluskan pihak berkuasa Nepal juga sudah tamat manakala aktiviti pendakian ke puncak Everest sudah ditutup bermula 29 Mei lalu.
- Katanya, operasi semalam turut mengesan satu objek menyerupai tubuh badan manusia antara Kem Dua dan Kem Tiga namun ia adalah longgokan sampah dan khemah yang diterbangkan angin.
- “Objek berkenaan dikesan melalui gambar dan video yang dirakam oleh dron pada 8 Jun lalu menunjukkan seperti tubuh badan Hawari yang memakai sut berwarna sama ketika mengadakan misi pendakian namun sengaja tidak mendedahkannya lebih awal kerana ia masih belum disahkan lagi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Kathmandu: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang di kawasan pergunungan Everest ditamatkan hari ini dan akan disambung pada tahun depan.
Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, pihaknya sudah menjalankan operasi SARbermula 19 Mei sehingga semalam namun masih belum menemui sebarang petunjuk.
Menurutnya, permit khas pencarian menggunakan dron dan SAR udara yang diluluskan pihak berkuasa Nepal juga sudah tamat manakala aktiviti pendakian ke puncak Everest sudah ditutup bermula 29 Mei lalu.
Katanya, operasi semalam turut mengesan satu objek menyerupai tubuh badan manusia antara Kem Dua dan Kem Tiga namun ia adalah longgokan sampah dan khemah yang diterbangkan angin.
“Objek berkenaan dikesan melalui gambar dan video yang dirakam oleh dron pada 8 Jun lalu menunjukkan seperti tubuh badan Hawari yang memakai sut berwarna sama ketika mengadakan misi pendakian namun sengaja tidak mendedahkannya lebih awal kerana ia masih belum disahkan lagi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Mohd Fadzle Abu Hasan, Pengarah Pioneer Adventure, Nivesh Karki dan ketua malim gunung, Nga Tenji.
Dua ahli keluarga Hawari turut hadir iaitu adik bongsu, Mohamad Ismail dan Azhar Ilias.
Kehilangan Hawari memasuki hari ke 28 hari ini selepas beliau dilaporkan berjaya sampai di puncak Everest pada jam 3.30 petang waktu Nepal.
Misi pendakian ME2023 ini dikendalikan oleh syarikat Pioneer Adventure yang berpusat di Nepal dengan menyediakan malim gunung, logistik dan makanan sepanjang misi ke puncak Everest.
Sumber: Harian Metro