Connect with us

Antarabangsa

Tentera Israel lepas tangan insiden kematian warga emas Amerika-Palestin

Tentera Israel telah dikecualikan dari dakwaan jenayah atas kematian seorang warganegara Palestin-Amerika yang telah dianiayai mereka pada Januari tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tentera Israel lepas tangan insiden kematian warga emas Amerika-Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel dikecualikan dari dakwaan jenayah atas kematian seorang warga Palestin-Amerika yang dianiayai mereka pada Januari tahun lalu.
  • Pemimpin Palestin sebelum ini menuntut agar tentera Israel yang memberkas warga emas, Omar Assad, 80, didakwa di mahkamah antarabangsa.
  • Ketua badan undang-undang tentera Israel pada Selasa berkata, askar yang terbabit dalam penahanan Omar hanya akan menghadapi tindakan tatatertib.
  • Bedah siasat pihak berkuasa Palestin mengesyaki Omar mendapat serangan jantung berikutan tekanan pengendalian askar Israel terhadapnya pada waktu itu.
  • Kenyataan dan siasatan peguambela tentera Israel menyatakan, tiada kaitan dapat dihubungkan antara salah laku tentera Israel dengan kematian Omar.

Tentera Israel telah dikecualikan dari dakwaan jenayah atas kematian seorang warganegara Palestin-Amerika yang telah dianiayai mereka pada Januari tahun lalu.

Pemimpin Palestin sebelum ini menuntut agar tentera Israel yang memberkas warga emas, Omar Assad, 80, didakwa di mahkamah antarabangsa.

Memetik laporan Al Jazeera, ketua badan undang-undang tentera Israel pada Selasa berkata, askar terbabit dalam penahanan Omar hanya akan menghadapi tindakan tatatertib.

Bedah siasat pihak berkuasa Palestin mengesyaki Omar mendapat serangan jantung berikutan tekanan pengendalian askar Israel terhadapnya pada waktu itu.

Terdahulu, Omar yang ditahan di pusat pemeriksaan, diheret keluar dari keretanya, diikat, ditutup matanya, sebelum dibiarkan terbaring semalaman tidak sedarkan diri di atas tanah sebelum disahkan meninggal dunia.

Penyiasatan tentera Israel mendakwa Omar enggan menunjukkan pengenalan dirinya apabila disuruh berhenti ketika melalui pusat pemeriksaan lewat malam itu.

Mengikut siasatan itu, mereka menyangka Omar tertidur bila memotong kabel mengikat tangannya dan tidak menawarkan sebarang bantuan perubatan apabila dia tidak memberi sebarang tindak balas.

Omar kemudiannya dijumpai meninggal keesokan paginya di situ dengan tali kabel plastik pengikat tangan masih berada di sebelah pergelangan tangannya.

Kenyataan dan siasatan peguambela tentera Israel mendapati tiada perkaitan dapat dihubungkan antara salah laku tentera Israel dengan kematian Omar.

Laporan kumpulan aktivis hak asasi Israel, Yesh Din menyatakan, bila adanya insiden tentera didakwa kerana menyakiti warga Palestin, mahkamah tentera biasanya menetapkan hukuman yang sangat ringan.

Selain Omar, wartawan Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh merupakan antara warganegara Amerika Syarikat yang turut dibunuh tentera Israel pada tahun lalu.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *