Terkini
Haramkan Jocelyn Chia dari masuk Malaysia, Singapura – NGO, Maszlee Malik
Pertubuhan Kebajikan Amal Penyatuan Tujuh (PKAP7) menggesa Kerajaan Malaysia mengenakan tindakan tegas, termasuk menyekat pelawak komediri, Jocelyn Chia dan ahli keluarganya daripada berkunjung ke Malaysia

- Pertubuhan Kebajikan Amal Penyatuan Tujuh (PKAP7) menggesa Kerajaan Malaysia mengenakan tindakan tegas, termasuk menyekat pelawak komediri, Jocelyn Chia dan ahli keluarganya daripada berkunjung ke Malaysia.
- Tindakan itu perlu dilakukan sekiranya pelawak terbabit enggan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan berjanji untuk tidak mengulanginya di masa hadapan.
- Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata Malaysia dan Singapura patut mengharamkan Jocelyn Chia dari memasuki kedua-dua negara terbabit.
- “What??? She’s not even a Singaporean citizen??? Both Malaysia and Singapore should ban this insolent moron Chia from entering both countries,” katanya hari ini.
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Amal Penyatuan Tujuh (PKAP7) menggesa Kerajaan Malaysia mengenakan tindakan tegas, termasuk menyekat pelawak komediri, Jocelyn Chia dan ahli keluarganya daripada berkunjung ke Malaysia.
Tindakan itu perlu dilakukan sekiranya pelawak terbabit enggan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan berjanji untuk tidak mengulanginya di masa hadapan.
“Sekiranya beliau enggan berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, maka PKAP7 menggesa kerajaan khususnya kementerian yang berkaitan supaya mengenakan tindakan tegas kepada Jocelyn Chia, termasuk menyekat kemasukan beliau dan ahli keluarga beliau daripada menjejakkan kaki ke Malaysia sampai bila-bila.
“Ini bagi memberi pengajaran kepada beliau serta iktibar kepada orang lain,” kata badan bukan kerajaan itu dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.
PKAP7 berkata pihaknya memandang serius kebiadapan pelawak itu yang didakwanya secara jelas menghina Malaysia, termasuk mengguris hati dan perasaan ahli keluarga mangsa nahas MH370 serta MH17.
Gesaan sama turut dibuat bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi ciapan di Twitter susulan Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia yang memohon maaf kepada rakyat negara ini atas tindakan pelawak berasal dari Singapura itu.
Katanya, Malaysia dan Singapura patut mengharamkan pelawak melampau itu dari memasuki kedua-dua negara terbabit.
“What??? She’s not even a Singaporean citizen??? Both Malaysia and Singapore should ban this insolent moron Chia from entering both countries,” katanya hari ini.

Foto: Tangkap Layar Twitter @maszlee.
Maszlee turut menyifatkan tindakan Chia itu sebagai tindakan ‘bunuh diri’ dalam kerjayanya sebagai pelawak.
Semalam, The Merdeka Times (TMT) melaporkan mengenai tindakan melampau pelawak komediri itu yang didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kehilangan pesawat MH370 dan merendahkan Malaysia sebagai negara membangun berbanding Singapura yang disifatkannya sebagai negara dunia pertama.
Difahamkan, bekas peguam itu membuat ‘lawak’ tersebut ketika persembahannya di kelab Comedy Cellar di AS dan video persembahan itu tular di Twitter dan Tiktok serta dimuat naik di Instagramnya sendiri.
Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 kru dan penumpang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas. —The Merdeka Times
Sumber: Facebook Pertubuhan Kebajikan Amal Penyatuan Tujuh, Twitter Maszlee Malik
