Connect with us

Antarabangsa

Erdogan selar LGBT dalam ucapan kemenangannya

Recep Tayyip Erdogan meraikan kemenangannya sebagai Presiden Turkiye dengan menyelar ‘kumpulan LGBT” di negara itu, demikian lapor Independent.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Erdogan selar LGBT dalam ucapan kemenangannya
Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
  • Recep Tayyip Erdogan meraikan kemenangannya sebagai Presiden Turkiye dengan menyelar ‘kumpulan LGBT” di negara itu.
  •  “Dalam budaya kita, keluarga adalah suci. Tiada siapa boleh masuk campur. Kami akan mencekik sesiapa yang berani menyentuhnya,” – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
  • Beliau berkata demikian dalam ucapan kemenangan pada Isnin di daerah Uskadar, Istanbul tiga jam selepas undian pusingan kedua ditutup.

Recep Tayyip Erdogan meraikan kemenangannya sebagai Presiden Turkiye dengan menyelar ‘kumpulan LGBT” di negara itu, demikian lapor Independent.

Dalam ucapan kemenangannya, Erdogan menyebut yang beliau telah mencapai “kemenangan di mana tiada siapa yang ditinggalkan”.

Bagaimanapun kata-kata itu disambung dengan kenyataan tidak bersetuju dengan perjuangan pembangkang mempromosikan hak golongan songsang.

“Dalam budaya kita, keluarga adalah suci. Tiada siapa boleh masuk campur. Kami akan mencekik sesiapa berani menyentuhnya,” kata Erdogan kepada penyokong di daerah Uskadar, Istanbul tiga jam selepas undian pusingan kedua ditutup pada Isnin.

Kemenangan Erdogan pada pilihanraya Turkiye kali ini melanjutkan pemerintahannya sebagai presiden negara itu untuk lima tahun lagi sehingga 2028.

Dalam keputusan undian pusingan pertama, Erdogan mendahului pesaing sengitnya, Kemal Kilicdaroglu, namun belum mencapai majoriti undi 50 peratus untuk layak merangkul jawatan presiden.

Bagaimanapun, beliau berjaya dalam pusingan kedua menewaskan Kilicdaroglu dengan beza undi hanya 4.2 peratus.

Memasuki dekad ketiga pemerintahannya, Erdogan pemimpin paling lama berkhidmat sebagai presiden sejak Mustafa Kemal Ataturk menubuhkan Turkiye moden ekoran kejatuhan empayar Uthmaniyyah seabad lalu.

Sumber: Independent

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *