Antarabangsa
Cacar monyet terus meningkat, New York isytihar darurat
Pihak berkuasa di New York City pada Sabtu mengisytiharkan darurat ekoran peningkatan kes cacar monyet, lapor Agensi Anadolu (AA) menerusi Bernama.

- Ekoran peningkatan kes cacar monyet, pihak berkuasa di New York City pada Sabtu mengisytiharkan darurat.
- Datuk Bandar New York City, Eric Adams dan Pesuruhjaya Kesihatan Ashwin Vasan berkata seramai 150,000 penduduk bandar mungkin berisiko dijangkiti.
- Menerusi ciapan di Twitter, Gabenor New York Kathy Hochul berkata tindakan tersebut untuk mengukuhkan langkah pencegahan menghadapi wabak cacar monyet.
- Juga, kes di bandar raya San Francisco di California turut meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh seminggu mencecah 261 kes.
- Pada minggu lalu, WHO telah mengisytiharkan kecemasan kesihatan global susulan penularan wabak cacar monyet.
WASHINGTON – Pihak berkuasa di New York City pada Sabtu mengisytiharkan darurat ekoran peningkatan kes cacar monyet, lapor Agensi Anadolu (AA) menerusi Bernama.
Datuk Bandar New York City, Eric Adams dan Pesuruhjaya Kesihatan Ashwin Vasan dalam satu kenyataan bersama berkata, seramai 150,000 penduduk bandar mungkin berisiko dijangkiti.
Menurut kenyataan itu, difahamkan mereka akan terus berkerjasama dengan rakan kongsi di peringkat persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak dos vaksin sebaik sahaja ia tersedia kelak.
Langkah itu diambil beberapa hari selepas New York dan San Francisco turut mengisytiharkan darurat.
“Saya mengisytiharkan darurat untuk mengukuhkan langkah pencegahan menghadapi wabak cacar monyet,” ciap Gabenor New York Kathy Hochul di Twitter pada Jumaat.
Sementara itu kes di bandar raya San Francisco di California telah meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh seminggu mencecah 261 kes.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada minggu lalu mengisytiharkan kecemasan kesihatan global susulan penularan wabak tersebut.
Sumber : Bernama

You must be logged in to post a comment Login