Connect with us

Antarabangsa

Berang limpahan produk LGBTQ, pelanggan Target robohkan papan tanda ‘Pride’

Pelanggan-pelanggan Target yang berang dengan produk LGBTQ, termasuk pakaian renang “tuck-friendly” (pakaian renang wanita yang diubah untuk lelaki), menyerbu beberapa premis untuk merobohkan papan tanda Pride, memarahi pekerja dan meninggalkan sekotak arak Bud Light di tepi barangan yang menyinggung perasaan mereka itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Berang limpahan produk LGBTQ, pelanggan Target robohkan papan tanda 'Pride'
Foto: Seorang personaliti internet berhaluan kanan melemparkan papan tanda berwarna pelangi ke lantai sebelum memijak dan menendangnya.
  • Pelanggan-pelanggan Target yang berang dengan produk LGBTQ, termasuk pakaian renang “tuck-friendly” (pakaian renang wanita yang diubah untuk lelaki), menyerbu beberapa premis untuk merobohkan papan tanda Pride, memarahi pekerja dan meninggalkan sekotak arak Bud Light di tepi barangan yang menyinggung perasaan mereka itu. 
  • Mereka merobohkan papan tanda Pride, memarahi pekerja dan ada juga yang meninggalkan sekotak arak Bud Light di tepi barangan yang menyinggung perasaan mereka itu. 
  • Rangkaian runcit berpangkalan di Minneapolis itu kerugian USD9 billion minggu lalu berikutan seruan boikot terhadap pakaian kanak-kanak mesra LGBTQ mereka.
  • Kemarahan (yang bermula) dari atas talian itu dizahirkan sehingga ke premis antaranya ada seseorang memakai topi MAGA (Make America Great Again) dirakam merobek tanda #TakePride dari rak pakaian-pakaian kelompok songsang itu.
  • Seorang pelanggan Target melakukan protes lebih berani dengan meletakkan sekotak (arak) Bud Light di rak yang mempromosikan barang Pride – merujuk kepada nasib buruk beer jenama itu selepas bekerjasama dengan selebriti media sosial transgender, Dylan Mulvaney.

Pelanggan-pelanggan Target yang berang dengan produk LGBTQ, termasuk pakaian renang “tuck-friendly” (pakaian renang wanita yang diubah untuk lelaki), menyerbu beberapa premis untuk merobohkan papan tanda Pride, memarahi pekerja dan meninggalkan sekotak arak Bud Light di tepi barangan yang menyinggung perasaan mereka itu.

Rangkaian runcit berpangkalan di Minneapolis, yang kerugian USD9 billion minggu lalu ekoran seruan boikot terhadap pakaian kanak-kanak mesra LGBTQ, mengumumkan akan menarik balik item menyinggung perasaan itu.

New York Post melaporkan punca produk LGBTQ itu ditarik balik sebahagiannya adalah atas faktor kerisauan terhadap keselamatan pekerja Target.

Kemarahan yang bermula dari atas talian itu turut dizahirkan sehingga ke premis di mana provokasi seseorang individu memakai topi MAGA (Make America Great Again) dirakam merobek tanda #TakePride dari rak pakaian-pakaian LGBTQ.

Ethan Schmidt – seorang personaliti internet berhaluan kanan berusia 24 tahun yang pernah menjadi berita utama atas kenyataannya yang didakwa kurang sensitif – dilihat melemparkan papan tanda berwarna pelangi ke lantai sebelum memijak dan menendangnya dalam klip berdurasi 19 saat.

Seorang lagi aktivis, Scott LoBaido merakam dirinya sendiri pada Rabu di Target Staten Island sambil berkata: “(Kita di) hujung minggu Hari Peringatan (Perajurit AS) di mana pameran sokongan dan penghormatan terhadap lelaki dan wanita (dalam) tentera?”

Seorang pelanggan Target melakukan protes lebih berani iaitu dengan meletakkan sekotak (arak) Bud Light di rak yang mempromosikan barangan Pride, merujuk kepada nasib buruk beer jenama itu selepas bekerjasama dengan selebriti media sosial transgender, Dylan Mulvaney.

“Melengkapkan peragaan di Target,” kata seorang pengguna Twitter sejurus foto itu dimuat naik di media sosial.

Rangkaian runcit gergasi AS itu terpaksa menarik balik koleksi Pride mereka ketika ketua pegawai eksekutifnya, Brian Cornell menafikan kekecohan berlaku selain berkata, produk LGBTQ bagus untuk diniagakan dan “perkara betul untuk masyarakat”.

Sumber: NY Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *