Connect with us

Antarabangsa

Lagi kes penipuan guna AI, lebih RM860 ribu lesap dalam sembilan saat

Pada 22 Mei lalu, satu lagi kęs penipuan membabitkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) mengubah wajah dengan kerugian mencecah RMB1.32 juta (RM863,700) dilaporkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lagi kes penipuan guna AI, lebih RM860 ribu lesap dalam sembilan saat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pada 22 Mei lalu, satu lagi kęs penipuan membabitkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) mengubah wajah dengan kerugian mencecah RMB1.32 juta (RM863,700) dilaporkan di China.
  • Mangsa bernama He dari Daerah Anhui menerima panggilan video seorang kenalannya yang meminta membuat pemindahan wang.
  • Pihak polis  membekukan akaun bank terbabit, bergegas ke Beijing untuk menahan tiga suspek bagi mendapatkan semula RMB1.32 juta yang ditipu dari He.
  • Menurut laporan media tempatan, pakar memberitahu terdapat beberapa kelemahan dalam ciri tekstur “muka palsu AI”. 
  • Sebagai contoh, butiran mata atau gigi berkemungkinan tidak konsisten; warna kedua-dua anak mata berbeza atau pantulan pusat mata berbeza; pinggir gigi dałam video kelihatan terlalu kemas dan sebagainya.

Beijing, China – Pada 22 Mei lalu, satu lagi kęs penipuan membabitkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) mengubah wajah dengan kerugian mencecah RMB1.32 juta (RM863,700) dilaporkan.

Kali ini, proses penipuan itu berlaku dalam hanya sembilan saat.

Sebelum ini, Sin Chew Daily melaporkan seorang pemilik syarikat teknologi di Bandar Fuzhou ditipu RMB4.3 juta (RM2.78 juta) dalam masa 10 minit juga menggunakan teknologi AI.

Menurut laporan China Press, pada 22 Mei lalu, mangsa bernama He dari Daerah Anhui menerima panggilan video daripada seorang kenalan dan memintanya membuat pemindahan wang. 

Namun sembilan saat kemudian, kenalannya itu menamatkan panggilan dengan alasan sedang bermesyuarat dan berkata dia tidak boleh dihubungi melalui WeChat dan telefon, tetapi boleh dihubungi melalui QQ (sebuah perisian pesanan di China).

Tanpa berfikir panjang, He terus membuat pemindahan wang kerana mengecam kenalannya  yang membuat panggilan video. 

Selepas mendapati dirinya ditipu, He terus membuat laporan polis. 

Pihak polis  membekukan akaun bank terbabit, bergegas ke Beijing untuk menahan tiga suspek bagi mendapatkan semula RMB1.32 juta yang ditipu dari He.

Menurut laporan media tempatan, pakar memberitahu terdapat beberapa kelemahan dalam ciri tekstur “muka palsu AI”. 

Sebagai contoh, butiran mata atau gigi berkemungkinan tidak konsisten; warna kedua-dua anak mata berbeza atau pantulan pusat mata berbeza; pinggir gigi dałam video kelihatan terlalu kemas dan sebagainya.

“Wajah palsu AI” juga mungkin tidak mematuhi ciri fisiologi manusia biasa. 

Contohnya, individu dewasa sihat biasanya berkelip setiap 2-10 saat dan setiap kelipan mengambil masa 0.1-0.4 saat. Kekerapan berkelip wajah palsu mungkin tidak mematuhi peraturan di atas.

Sumber: China Press

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *