Antarabangsa
Padah komen anti-Islam di Facebook, pemuda Hindu dipenjara 10 tahun
Mahkamah Rangpur pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang pemuda Hindu dalam kes yang difailkan berhubung kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di Facebook sekitar enam tahun lalu.
- Mahkamah Rangpur pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang pemuda Hindu dalam kes yang difailkan berhubung kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di Facebook sekitar enam tahun lalu.
- Menurut laporan Dhaka Tribune, Hakim Mahkamah Tribunal Siber Rangpur, Dr Abdul Majid turut mengenakan denda Tk50,000 (RM2154), kata Pendakwa Raya, Ruhul Amin Talukder.
- Pesalah ialah Titu Roy iaitu anak kepada mendiang Khogendranath Roy dari Harikoly Thakurpara di bawah balai polis Gangachara, Rangpur.
Mahkamah Rangpur pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang pemuda Hindu dalam kes yang difailkan berhubung kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di Facebook sekitar enam tahun lalu.
Menurut laporan Dhaka Tribune, Hakim Mahkamah Tribunal Siber Rangpur, Dr Abdul Majid turut mengenakan denda Tk50,000 (RM2154), kata Pendakwa Raya, Ruhul Amin Talukder.
Pesalah ialah Titu Roy iaitu anak kepada mendiang Khogendranath Roy dari Harikoly Thakurpara di bawah balai polis Gangachara di Rangpur.
Menurut kenyataan kes, Titu menulis komen itu pada 28 Oktober 2017 ketika dia bekerja di Narayanganj, Bangladesh.
Pada 10 November tahun sama, penduduk Islam tempatan membuat rantaian manusia dan protes menuntut hukuman ke atas Titu di Shleyashah Bazar, Rangpur.
Mereka turut membakar dan merosakkan rumah masyarakat Hindu di Thakurpara.
Susulan itu, dua kes berasingan difailkan di balai polis Rangpur Sadar dan Gangachara dengan perbicaraan kes difailkan berhubung tindakan vandalisme itu, masih diteruskan.
Selepas menyelesaikan semua prosedur undang-undang, mahkamah menjatuhkan penghakiman di hadapan Titu.
Pendakwa raya melahirkan rasa puas dengan mengatakan mereka mendapat keadilan.
Peguam tertuduh, Proshanta Kumar Roy berkata mereka akan merayu keputusan itu kepada Mahkamah Tinggi.
Sumber: Dhaka Tribune