Antarabangsa
Dinafi pakai jubah ‘ahli sihir’, pesalah seksual Transgender wanita saman penjara
Seorang penjenayah seksual transgender yang menjalani hukuman di penjara wanita New Jersey menyaman Jabatan Penjara New Jersey (NJDOC) kerana mendakwa didiskriminasi mengamalkan agama Wicca dianutinya.
- Seorang penjenayah seksual transgender yang menjalani hukuman di penjara wanita New Jersey menyaman Jabatan Penjara New Jersey (NJDOC) kerana mendakwa didiskriminasi mengamalkan agama Wicca dianutinya.
- Marina Volz, 34, mengemukakan saman itu pada 28 April lalu dengan mengatakan beliau dinafikan hak beragama yang sepatutnya diberikan berdasarkan kepercayaannya.
- Dalam samannya, Volz mendakwa ketua perkhidmatan agama di penjara Edna Mahan, Joy Lynch menafikan penganut Wicca menggunakan jubah longgar yang biasa dipakai semasa pertemuan ‘ahli sihir’.
- Volz kini menjalani hukuman penjara selama 25 tahun atas beberapa jenayah seksual kejam dilakukannya terhadap anak perempuannya sendiri yang berusia 7 tahun.
- Pada 6 Mei 2022, Volz, yang lahir dengan nama Matthew, dijatuhkan hukuman atas tuduhan pemerdagangan manusia, serangan seksual melampau, konspirasi dan mengabaikan kebajikan kanak-kanak.
Seorang penjenayah seksual transgender yang menjalani hukuman di penjara wanita New Jersey menyaman Jabatan Penjara New Jersey (NJDOC) kerana mendakwa didiskriminasi mengamalkan agama Wicca dianutinya.
Marina Volz, 34, mengemukakan saman itu pada 28 April lalu dengan mengatakan beliau dinafikan hak beragama yang sepatutnya diberikan berdasarkan kepercayaannya.
Wicca dikategorikan sebagai gerakan agama baru di England diwujudkan pada awal abad ke-20 dengan menggabungkan pelbagai kepercayaan Pagan. (Pagan merujuk kepada pelbagai agama pra-Kristian dianuti sejumlah tamadun purba di Yunani, Rom, Mesir, Scandinavia dan lain-lain).
Dalam samannya, Volz mendakwa ketua perkhidmatan agama di penjara Edna Mahan, Joy Lynch menafikan penganut Wicca menggunakan jubah longgar yang biasa dipakai semasa berlakunya pertemuan ‘ahli sihir’.
Reduxx melaporkan NJDOC membenarkan amalan Wicca di penjara-penjara negeri dan penganutnya dibenar menggunakan barang yang mana Volz mendakwa dinafikan kepadanya.
Barangan Wicca lain yang dibenarkan NJDOC, termasuk “Book of Shadows” yang mengandungi panduan ritual magik, pentagram, kemenyan, tiga lilin elektrik atau bateri dan secawan jus anggur sebagai pengganti wain.
Volz kini menjalani hukuman penjara selama 25 tahun atas beberapa jenayah seksual kejam dilakukannya terhadap anak perempuannya sendiri yang berusia 7 tahun.
Pada 6 Mei 2022, Volz, yang lahir dengan nama Matthew, dijatuhkan hukuman atas tuduhan pemerdagangan manusia, serangan seksual melampau, konspirasi dan mengabaikan kebajikan kanak-kanak.
Tuduhannya berpunca daripada siasatan pada 2019 terhadap kelakuannya selepas Jabatan Perlindungan Kanak-Kanak New Jersey mendapat maklumat beliau membuat pornografi di rumah yang didiami seorang kanak-kanak.
Sumber: Reduxx