Terkini
Pindaan Kanun Tatacara Jenayah bagi pulangkan segera wang mangsa scam
PARLIMEN l Kerajaan memutuskan untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan wang yang dirampas daripada jenayah penipuan dalam talian (scam) dipulangkan lebih awal kepada mangsa, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
- Kerajaan memutuskan untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan wang yang dirampas daripada jenayah penipuan dalam talian (scam) dipulangkan lebih awal kepada mangsa, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pindaan itu membolehkan mangsa mendapat semula dana yang dicuri dengan syarat pemberian bon disediakan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah.
- “Oleh demikian, apa diputuskan adalah untuk dipinda Kanun Tatacara Jenayah supaya membolehkan pulangan (dana yang dicuri) kepada mangsa disegerakan dengan syarat bon disediakan sementara kes (di mahkamah) dijalankan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
PARLIMEN l Kerajaan memutuskan untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan wang yang dirampas daripada jenayah penipuan dalam talian (scam) dipulangkan lebih awal kepada mangsa, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pindaan itu membolehkan mangsa mendapat semula dana yang dicuri dengan syarat pemberian bon disediakan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah.
“Saya setuju ia (kes) sekarang ini akan mengambil masa, ramai (mangsa) merayu (wang dipulangkan) kerana kes (dalam) mahkamah akan berlanjutan.
“Oleh demikian, apa diputuskan adalah untuk dipinda Kanun Tatacara Jenayah supaya membolehkan pulangan (dana yang dicuri) kepada mangsa disegerakan dengan syarat bon disediakan sementara kes (di mahkamah) dijalankan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Tan Hong Pin (PH-Bakri) berhubung langkah kerajaan untuk mempercepatkan proses pemulangan dana yang dicuri kepada mangsa penipuan dalam talian.
Sumber: Malaysiakini