Connect with us

Terkini

(VIDEO) “Saya ini kayu ke dekat sini?” – Timbalan Speaker Dewan Rakyat

“Yang Berhormat saya ini kayu ke kat sini?” demikian teguran keras Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor kepada Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin di Dewan Rakyat, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin (kiri) dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor.
  • “Yang Berhormat saya ini kayu ke kat sini?” demikian teguran keras Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor kepada Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin di Dewan Rakyat, hari ini.
  • Zhemin dilihat tidak mengendahkan panggilan Ramli yang berkali-kali menyebut ‘Yang Berhormat’ dan sudah meminta Ahli Parlimen itu untuk menyatakan usulnya sebelum beliau membuat semakan kelak kerana ia bukan sesi untuk Zhemin berbahas.
  • Ramli kemudian bertindak menutup mikrofon selepas Zhemin tetap meneruskan kenyataan beliau dengan panjang lebar.
  • Zhemin memohon untuk diberi ruang kepadanya bagi menjelaskan ‘standing order’ (peraturan majlis mesyuarat) selain memetik sidang pada 20 November lalu mengenai Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mengatakan dalam hansard (penyata rasmi) berhubung isu ventilator.

KUALA LUMPUR — “Yang Berhormat saya ini kayu ke kat sini?” demikian teguran keras Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor kepada Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin di Dewan Rakyat, hari ini.

Ini susulan Zhemin dilihat tidak mengendahkan panggilan Ramli yang berkali-kali menyebut ‘Yang Berhormat’ dan sudah meminta Ahli Parlimen itu untuk menyatakan usulnya sebelum beliau membuat semakan kelak kerana ia bukan sesi untuk Zhemin berbahas.

Ramli kemudian bertindak menutup mikrofon selepas Zhemin tetap meneruskan kenyataan beliau dengan panjang lebar.

“Yang berhormat tidak perlu bahaskan. Yang Berhormat….Yang Berhormat… Saya ni kayu ke dekat sini? Berapa kali saya cakap tadi. 

“Saya minta yang berhormat menyatakan usul saya akan semak tidak perlulah panjang-panjang. Usul Yang Berhormat Kampar itu untuk makluman dalam pertimbangan Yang Berhormat Tan Sri Speaker, terima kasih,” kata Ramli memotong percakapan Zhemin.

Bagaimanapun, Zhemin masih berdiri mahu meneruskan kenyataannya, namun Ramli menegur sekali lagi dan meminta beliau untuk duduk.

“Yang Berhormat ini bukan sesi untuk saya memberi ruang untuk anda berbahas, duduk. Terima kasih Yang Berhormat Kampar,” katanya. 

Arahan itu kemudian akhirnya diikuti Zhemin.

Terdahulu, Zhemin memohon untuk diberi ruang kepadanya bagi menjelaskan ‘standing order’ (peraturan majlis mesyuarat) selain memetik sidang pada 20 November lalu mengenai Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mengatakan dalam hansard (penyata rasmi) berhubung isu ventilator. — The Merdeka Times

Sumber : Youtube Parlimen Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending