Connect with us

Terkini

Malaysia akan lakukan apa saja untuk selesaikan isu Palestin – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sudah tiba masanya untuk Malaysia melakukan apa sahaja yang perlu untuk menyelesaikan kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin akibat peperangan dengan Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Malaysia akan lakukan apa saja untuk selesaikan isu Palestin – Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sudah tiba masanya untuk Malaysia melakukan apa sahaja yang perlu untuk menyelesaikan kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin akibat peperangan dengan Israel.
  • Menurut Perdana Menteri, perbincangan dengan wakil-wakil negara yang terlibat telah menunjukkan keresahan yang sedang meluap dan jalan buntu kerana Israel diberikan sokongan penuh oleh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
  • Beliau dalam masa sama menafikan dakwaan seolah-olah kerajaan enggan menghantar pasukan tentera ke Gaza.
  • “Ini bukan keputusan mudah untuk menghantar tentera termasuk pendamai atau pengaman, ataupun koridor kemanusiaan itu mesti disepakati oleh negara jiran. Kalau tidak pesawat kita tidak boleh mendarat,”  katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sudah tiba masanya untuk Malaysia melakukan apa sahaja yang perlu untuk menyelesaikan kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin akibat peperangan dengan Israel.

Menurut Perdana Menteri, perbincangan dengan wakil-wakil negara yang terlibat telah menunjukkan keresahan yang sedang meluap dan jalan buntu kerana Israel diberikan sokongan penuh oleh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Beliau dalam masa sama menafikan dakwaan seolah-olah kerajaan enggan menghantar pasukan tentera ke Gaza.

“Ada di Malaysia juga yang menyatakan suara bahawa kita enggan menghantarkan pasukan tentera.

“Kepimpinan tentera minta saya sampaikan adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan, dalam penyampaian mesej mereka dalam tazkirah mereka untuk menyinggung hal ini.

“Ini bukan keputusan mudah untuk menghantar tentera termasuk pendamai atau pengaman, ataupun koridor kemanusiaan itu mesti disepakati oleh negara jiran. Kalau tidak pesawat kita tidak boleh mendarat.

“Jadi saya minta supaya ada kefahaman, jangan dikelirukan rakyat. Kalau diperlukan (untuk hantar), dikatakan perlu kita sepakat sebagai satu komuniti ummah bersama rakan-rakan dan jiran untuk memutuskan apa sahaja yang perlu untuk menyelamatkan daripada terus dizalimi dan jadi mangsa kekejaman,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Sumber: Astro Awani

Author