Connect with us

Terkini

FSA2 KWSP perlu diperluas kepada pencarum berusia bawah 40 tahun

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim cadangkan kerajaan memperluaskan Program Kemudahan Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pencarum berusia bawah 40 tahun.

Wartawan TMT

Published

on

FSA2 KWSP perlu diperluas kepada pencarum berusia bawah 40 tahun
Foto: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.
  • Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim cadangkan kerajaan memperluaskan Program Kemudahan Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pencarum berusia bawah 40 tahun.
  • Shahidan berkata, inisiatif FSA2 dilihat alternatif segera membantu rakyat yang terkesan dalam menangani isu kos sara hidup dan kenaikan harga barangan pada masa ini.
  • “Berhubung pengurusan strategik badan berkanun EPF (KWSP), saya ingin bertanya kepada YB (Yang Berhormat), inisiatif yang diperkenalkan FSA2, kerajaan telah benarkan mereka berumur 40 tahun ke atas, terima kasih berjaya tetapi apa beza 40 tahun dengan orang umur 39 tahun macam mana?,” katanya di Dewan Rakyat semalam.
  • Beliau berkata, Akaun 3 tidak memberi kemudahan pengeluaran lebih kepada pencarum berikutan ia digabungkan dari Akaun 1 dan 2.

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan kerajaan memperluaskan Program Kemudahan Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pencarum berusia bawah 40 tahun.

Shahidan berkata, inisiatif FSA2 dilihat alternatif segera membantu rakyat yang terkesan dalam menangani isu kos sara hidup dan kenaikan harga barangan pada masa ini.

“Berhubung pengurusan strategik badan berkanun EPF (KWSP), saya ingin bertanya kepada YB (Yang Berhormat), inisiatif yang diperkenalkan FSA2, kerajaan telah benarkan mereka berumur 40 tahun ke atas, terima kasih berjaya tetapi apa beza 40 tahun dengan orang umur 39 tahun macam mana?

“Jadi, saya minta ia dipanjangkan kepada 40 tahun ke bawah,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata, Akaun 3 tidak memberi kemudahan pengeluaran lebih kepada pencarum berikutan ia digabungkan dari Akaun 1 dan 2.

“YB akan menjawab kita akan mulakan Akaun 3 tahun depan, saya dengar YB sudah menjawab, tetapi sekarang saya nak jawab balik YB, Akaun 3 itu tak beri duit lebih, ia ambil dari Akaun 1 dan 2 dan beri kepada Akaun 3 sebelum dipermudahkan pengeluarannya.

“Permudahkan (pengeluaran) Akaun 2 sekarang YB orang tengah susah..kalau tak susah tak perlu cakap benda ini dan dia (pencarum) minta duit dia.

Advertisement

“Jadi saya ingat inilah masa terbaik kerajaan benarkan serta merta kerana orang tengah susah betul-betul terutama apabila kerajaan gagal menangani harga beras yang tak dapat dikawal sehingga hari ini dan barangan makanan lain yang naik mendadak,” katanya.

Untuk rekod, FSA2 ialah program pinjaman peribadi yang menggunakan Akaun 2 KWSP sebagai cagaran yang dibuka permohonan kepada pencarum sejak 7 April lalu.

Di bawah program itu, pencarum KWSP yang layak berumur 40 tahun dan ke atas boleh memohon antara RM3,000 dan RM50,000 dalam bentuk pinjaman peribadi dengan permohonan dibuat menerusi Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sumber: Harian Metro

Author

Advertisement

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending