Connect with us

Terkini

MOTAC didesak batalkan pertandingan ratu cantik 

Dewan Rakyat petang semalam kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) mendesak Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) membatalkan penganjuran pertandingan ratu cantik yang dijadualkan berlangsung di sini, bulan depan.

Wartawan TMT

Published

on

MOTAC didesak batalkan pertandingan ratu cantik 
Foto: Ahli Parlimen pembangkang, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit).
  • Dewan Rakyat petang semalam kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) desak Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) batalkan anjuran pertandingan ratu cantik yang dijadualkan berlangsung di sini, bulan depan.
  • Dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 Peringkat Jawatankuasa bagi kementerian itu, Muhammad Ismi berkata, Malaysia tidak wajar jadi tuan rumah bagi pertandingan sedemikian.
  • “Soalan saya ketika pembunuhan membabitkan saudara kita berlaku Palestin dan pada masa ini negara dilanda banjir, masih wajarkah pertandingan ratu cantik ini diadakan?.
  • “Acara ini mendedahkan aurat dengan pakaian yang sangat seksi, ini sangat tidak bersesuaian dengan Islam. Kenalah hormat nilai Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Jika nak tarik pelancong asing, banyak lagi perkara boleh dilakukan, adakah kita nak tunggu bala datang (baru nak dibatalkan),” katanya di Dewan Rakyat, semalam. 

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat petang semalam kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) mendesak Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) membatalkan penganjuran pertandingan ratu cantik yang dijadualkan berlangsung di sini, bulan depan.

Dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 Peringkat Jawatankuasa bagi kementerian itu, Muhammad Ismi berkata, Malaysia tidak wajar menjadi tuan rumah bagi pertandingan sedemikian.

“Soalan saya ketika pembunuhan membabitkan saudara kita berlaku Palestin dan pada masa ini negara dilanda banjir, masih wajarkah pertandingan ratu cantik ini diadakan?.

“Acara ini mendedahkan aurat dengan pakaian yang sangat seksi, ini sangat tidak bersesuaian dengan Islam. Kenalah hormat nilai Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Jika nak tarik pelancong asing, banyak lagi perkara boleh dilakukan, adakah kita nak tunggu bala datang (baru nak dibatalkan),” katanya di Dewan Rakyat, semalam. 

Datuk Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) kemudian tampil mencelah bagi meminta Muhammad Ismi menarik balik dakwaannya yang mengaitkan penganjuran program itu mendatangkan bala dan tidak menghormati agama Islam. 

“Saya rasa perkataan itu harus ditarik balik sebab kita perlu meraikan kepelbagaian (dalam negara). Bukan bermakna jika anjur program sebegini akan ganggu gugat agama lain.

“Banyak lagi perkara lain menyebabkan karakteristik seseorang individu itu jadi negatif, janganlah mainkan isu perkauman lagi,” katanya. 

Sementara itu, Teresa Kok (PH-Seputeh) yang turut mencelah mempertahankan program terbabit yang dilihat mampu menjana pendapatan negara. 

“Acara ini dianjurkan pihak swasta, kenapa nak ganggu?. Melaluinya dapatlah menarik pelancong dan ahli perniagaan datang ke negara kita,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Khairul Firdaus Akhbar Khan, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu memandangkan ia agak sensitif. 

“Saya akan jawab melalui jawapan bertulis memandangkan perkara ini sensitif,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending