Terkini
Konflik Iran-Israel: Persiapan haji 2024 diteruskan
Lembaga Tabung Haji masih meneruskan persiapan bagi Musim Haji 2024 seperti yang dirancang biarpun situasi di Timur Tengah tegang ekoran serangan balas Iran terhadap Israel.
- Lembaga Tabung Haji masih meneruskan persiapan bagi Musim Haji 2024 seperti yang dirancang biarpun situasi di Timur Tengah tegang ekoran serangan balas Iran terhadap Israel.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
- Katanya, kerjasama turut melibatkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin berikutan perkembangan semasa ini.
- “Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memantau situasi terkini di Timur Tengah susulan serangan balas Iran terhadap Israel semalam (kelmarin).
- “Serangan balas itu sudah tentu meningkatkan ketegangan yang sudah pun berlarutan sejak lebih tujuh bulan lalu akibat kedegilan dan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau malam tadi.
- Terdahulu Tehran melancarkan serangan balas terhadap Israel susulan serangan maut rejim Zionis terhadap bangunan konsulat Iran di Damsyik.
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji masih meneruskan persiapan bagi Musim Haji 2024 seperti yang dirancang biarpun situasi di Timur Tengah tegang ekoran serangan balas Iran terhadap Israel.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Katanya, kerjasama turut melibatkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin berikutan perkembangan semasa ini.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memantau situasi terkini di Timur Tengah susulan serangan balas Iran terhadap Israel semalam (kelmarin).
“Serangan balas itu sudah tentu meningkatkan ketegangan yang sudah pun berlarutan sejak lebih tujuh bulan lalu akibat kedegilan dan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau malam tadi.
Justeru beliau meminta semua pihak terus bertenang serta sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.
Terdahulu Tehran melancarkan serangan balas terhadap Israel susulan serangan maut rejim Zionis terhadap bangunan konsulat Iran di Damsyik.
Iran menganggap serangan dron dan peluru berpandu itu adalah sebagai ‘selesai’, sambil memberi amaran kepada Israel supaya tidak bertindak balas. – The Merdeka Times