Antarabangsa
Calon Presiden Indonesia diugut dipukul jika gagal bantu rakyat
Calon Presiden Indonesia 2024 dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), Ganjar Pranowo mengakui beliau akan ‘dipukul’ oleh Ketua Umum Megawati Soekarno jika tidak menjalankan tugas dengan baik selepas terpilih sebagai pemimpin negara ini.
- Calon Presiden Indonesia 2024, Ganjar Pranowo mengakui beliau akan dipukul oleh Ketua Umum Megawati Soekarno jika tidak menjalankan tugas dengan baik selepas terpilih sebagai pemimpin negara ini.
- Katanya, Megawati mengeluarkan amaran itu ketika mereka menerima kunjungan dari Parti Persatuan Pembangunan (PPP) yang menyatakan kesediaan untuk bergabung.
- “Megawati berpesan kepada saya, jika sudah terpilih sebagai presiden, berkhidmatlah sepenuh hati kepada masyarakat, jangan lakukan sambil lewa kerana jika gagal memperkasakan rakyat, dia akan pukul saya.
- “Beliau juga mengingatkan semua barisan kepimpinan PDIP supaya peka dengan kepentingan masyarakat, bukan hanya berebut kuasa dan kedudukan dalam parti,” katanya.
PALEMBANG: Calon Presiden Indonesia 2024 dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), Ganjar Pranowo mengakui beliau akan ‘dipukul’ oleh Ketua Umum Megawati Soekarno jika tidak menjalankan tugas dengan baik selepas terpilih sebagai pemimpin negara ini.
Ganjar menyebut perkara itu ketika dia menghadiri satu program berkaitan Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 di Palembang, Sumatera Selatan kelmarin.
Katanya, Megawati mengeluarkan ‘amaran’ itu ketika mereka menerima kunjungan dari Parti Persatuan Pembangunan (PPP) yang menyatakan kesediaan untuk bergabung dengan PDIP pada Pemilu akan datang.
“Megawati berpesan kepada saya, jika sudah terpilih sebagai presiden, berkhidmatlah sepenuh hati kepada masyarakat, jangan lakukan sambil lewa kerana jika gagal memperkasakan rakyat, dia akan pukul saya.
“Beliau juga mengingatkan semua barisan kepimpinan PDIP supaya peka dengan kepentingan masyarakat, bukan hanya berebut kuasa dan kedudukan dalam parti,” katanya.
Ganjar dicalonkan sebagai bakal presiden oleh Megawati dan Presiden Indonesia ketika ini, Joko Widodo (Jokowi).
Ganjar bakal bersaing dengan beberapa nama hebat untuk merebut jawatan nombor satu negara itu, termasuk Prabowo Subianto dan Anie Baswedan.
Jika terpilih, Ganjar bakal menganntikan tempat Jokowi yang sudah pun berkhidmat sebagai presiden negara ini sejak 2014.
Sumber: Utusan Malaysia