Antarabangsa
Pelaku pedofilia ganas di Texas mahu jadi ‘wanita’
Seorang pedofilia gila yang mendera empat kanak-kanak secara seksual, disifatkan sebagai pemangsa seksual ganas oleh negeri Texas, akan menjalani khidmat sivik tanpa disebut tamat tempoh khidmatnya setelah dibebaskan dari penjara.
- Seorang pedofilia yang mendera empat kanak-kanak secara seksual disifatkan sebagai pemangsa seksual ganas oleh negeri Texas, Amerika Syarikat (AS).
- James Edward Jarvis, 59, akan menjalankan khidmat sivik tanpa menyebut tamat tempoh khidmatnya setelah dibebaskan dari penjara.
- Dia dijatuhkan hukuman pada 1999 dan 2000 di atas rentetan jenayah seksual ganas dilakukan di tiga daerah di Texas dengan tujuh sabitan pertuduhan melibatkan empat mangsa di bawah umur 14 tahun.
- Jarvis menafikan kesalahannya dan kini mengenalpasti dirinya sebagai seorang wanita, tetapi perkara itu belum dikemas kini dalam sistem Jabatan Pembetulan Texas.
- Jika Jarvis menjalani pertukaran jantina yang sah, dia merupakan satu-satunya “wanita” yang dikenali dan dimaklumi sebagai pemangsa seksual ganas yang menjalankan khidmat sivik di Texas.
Seorang pedofilia gila yang mendera empat kanak-kanak secara seksual, disifatkan sebagai pemangsa seksual ganas oleh negeri Texas, akan menjalani khidmat sivik tanpa disebut tamat tempoh khidmatnya setelah dibebaskan dari penjara.
James Edward Jarvis, 59, dijatuhkan hukuman pada 1999 dan 2000 di atas rentetan jenayah seksual ganas dilakukannya di tiga daerah di Texas.
Tujuh perkiraan pertuduhan disabitkan melibatkan empat mangsa di bawah umur 14 tahun.
Bagi jenayahnya melibatkan serangan seksual yang teruk terhadap kanak-kanak dan berkelakuan tidak senonoh terhadap kanak-kanak, Jarvis dijatuhkan hukuman penjara 40 tahun dengan kemungkinan parol selepas 24 tahun.
Reduxx melaporkan Jarvis yang dibebaskan awal dari penjara dengan segera dibawa ke mahkamah daerah Galveston bagi menilai statusnya di bawah Undang-undang Pemangsa Keganasan Seksual Texas.
Mengikut undang-undang itu, pesalah seks berulang berkemungkinan tertakluk kepada khidmat sivik, “jika Juri mendapati bahawa orang tersebut disabitkan dengan lebih daripada satu kesalahan keganasan seksual; hukuman telah dikenakan untuk sekurang-kurangnya satu kesalahan; dan orang itu mempunyai tingkah laku tidak normal yang mungkin menyebabkan orang tersebut bertindak sebagai pemangsa keganasan seksual lagi.”
Walaupun disabitkan pelbagai kesalahan, Jarvis menafikan semua kesalahan itu, selain kini mengenal pasti dirinya sebagai seorang wanita. Pun begitu ia belum dikemas kini dalam sistem Jabatan Pembetulan Texas.
Rabu lalu, seorang juri mendapati Jarvis memenuhi syarat untuk diklasifikasikan sebagai pemangsa seksual ganas dan dia diperintahkan untuk melakukan khidmat sivik.
Dia kini diletakkan dalam tahanan Jabatan Komitmen Sivik Texas untuk pemantauan di fasiliti khas di Littlefield.
Fasiliti kontroversi yang wujud dengan tujuan untuk memulihkan pesalah seks bersiri yang dianggap terlalu berisiko tinggi untuk dibenarkan kembali kepada komuniti, sering dilihat sebagai cara untuk pihak berkuasa terus menghalang pemangsa seksual berulang, dari kembali ke jalanan.
Tempoh khidmat sivik tidak ditetapkan tempohnya, tetapi Jarvis ditetapkan untuk menjalani penilaian semula setiap dua tahun.
Jika Jarvis menjalani pertukaran jantina yang sah, dia merupakan satu-satunya “wanita” yang dikenali dan dimaklumi sebagai pemangsa seksual ganas yang juga menjalani khidmat sivik di Texas.
Sumber: Reduxx