Connect with us

Terkini

Mi Sedaap juga mengandungi Etilina Oksida – KKM

Satu lagi jenama mi segera, Mi Sedaap dari Indonesia, didapati mengandungi etilena oksida, sebatian karsinogenik, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Published

on

Mi Sedaap juga mengandungi Etilina Oksida – KKM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Satu lagi jenama mi segera, Mi Sedaap dari Indonesia, didapati mengandungi Etilena Oksida, sebatian karsinogenik.
  • “11 sampel produk Mi Sedaap didapati mengandungi etilena oksida dan tindakan penguatkuasaan akan diambil. Ini termasuk kompaun, tindakan mahkamah dan juga penarikan balik produk”. – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
  • Sebelum ini, Mi Kari Putih Penang Ah Lai serta Indomie Perisa Ayam Spesial didapati mengandungi bahan tersebut dan kini ditarik balik dari pasaran tempatan.
  • Karsinogenik adalah agen-agen penyebab kanser/barah.

Satu lagi jenama mi segera, Mi Sedaap dari Indonesia, didapati mengandungi etilena oksida, sebatian karsinogenik, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Karsinogenik adalah agen-agen penyebab kanser/barah.

Memetik laporan The Vibes, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata ia dikesan melalui ujian ke atas 11 sampel Mi Sedaap daripada 36 produk sejak tahun lalu sehingga kini.

“11 sampel produk Mi Sedaap didapati mengandungi etilena oksida dan tindakan penguatkuasaan akan diambil. Ini termasuk kompaun, tindakan mahkamah dan juga penarikan balik produk,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata etilena oksida yang dikaitkan dengan limfoma dan leukemia adalah gas kimia yang digunakan dalam pengasapan dan juga dalam sabun pencuci.

“Ia tidak boleh digunakan pada permukaan yang bersentuhan dengan makanan,” katanya.

“Pengguna dinasihatkan untuk tidak mengambil produk yang terjejas”.

Radzi juga mengumumkan yang KKM menarik balik produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai buatan tempatan yang bertamat tempoh pada 25 Ogos, serta Indomie Perisa Ayam Spesial dari pasaran tempatan.

Kedua-dua produk ini didapati mengandungi etilena oksida semasa pemeriksaan mi segera oleh Jabatan Kesihatan Taipei tahun ini.

Bagi Mi Sedaap pula, ini bukan kali pertama jenama itu berdepan kontroversi. 

Tahun lalu, Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan penarikan balik dua perisa mi segera Mi Sedaap, iaitu Ayam Pedas Korea dan Sup Pedas Korea kerana mengandungi etilena oksida.

Pada Oktober tahun lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tiada rekod import kedua-dua produk ini ke dalam negara.

Sumber: The Vibes

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author