Connect with us

Terkini

Seberang Jaya, Cheras catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini

Dua lokasi di negara ini iaitu Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat jam 10 pagi tadi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Seberang Jaya, Cheras catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dua lokasi di negara ini iaitu Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat jam 10 pagi tadi.
  • Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS)dd Jabatan Alam Sekitar (JAS), Seberang Jaya mencatatkan bacaan IPU tidak sihat 151 jam 10 pagi tadi, berbanding bacaan pada tahap sederhana 105 malam tadi.
  • Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
  • Dalam pada itu, Cheras kembali mencatatkan bacaan IPU tidak sihat sejak jam 11 pagi, semalam apabila merekodkan bacaan 151.

KUALA LUMPUR: Dua lokasi di negara ini iaitu Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat jam 10 pagi tadi.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS)dd Jabatan Alam Sekitar (JAS), Seberang Jaya mencatatkan bacaan IPU tidak sihat 151 jam 10 pagi tadi, berbanding bacaan pada tahap sederhana 105 malam tadi.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Dalam pada itu, Cheras kembali mencatatkan bacaan IPU tidak sihat sejak jam 11 pagi, semalam apabila merekodkan bacaan 151.

Pagi semalam, Cheras mencatatkan bacaan IPU sederhana, iaitu 100 dan meningkat kepada bacaan 103 sejam kemudian.

Selain itu, Segamat, Johor yang sebelum ini dilaporkan mencatat bacaan IPU tidak sihat selama tiga hari berturut-turut sejak Jumaat lalu, mula berada pada tahap sederhana, iaitu pada bacaan 96.

Tawau, Sabah yang merekodkan bacaan IPU baik turut menurun kepada sederhana pada jam 9 malam semalam kepada bacaan 52 setakat jam 10 pagi tadi.

Sebanyak 66 lokasi lain mencatatkan bacaan sederhana Minden, Pulau Pinang (95); Langkawi, Kedah (94); Kangar, Perlis dan Alor Setar, Kedah pula masing-masing mencatatkan angka 93.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *