Connect with us

Terkini

Jerebu: Tutup sekolah ikut keputusan Kementerian Kesihatan

Sekolah hanya akan ditutup ekoran masalah jerebu jika ada cadangan atau nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Wartawan TMT

Published

on

Jerebu: Tutup sekolah ikut keputusan Kementerian Kesihatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekolah hanya akan ditutup ekoran masalah jerebu jika ada cadangan atau nasihat KKM.
  • “Kita akan bergantung kepada nasihat KKM dari semasa ke semasa berkaitan dengan cadangan atau nasihat seperti menutup (sekolah) atau memakai pelitup muka.

KUANTAN: Sekolah hanya akan ditutup ekoran masalah jerebu jika ada cadangan atau nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sehingga menerima arahan seterusnya.

“Kita akan bergantung kepada nasihat KKM dari semasa ke semasa berkaitan dengan cadangan atau nasihat seperti menutup (sekolah) atau memakai pelitup muka.

“Kita memang ada garis panduan kita dan kita kekal dengan garis panduan tersebut. Kita juga minta semua sekolah supaya mematuhi garis panduan tersebut,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Kuantan (UnIPSAS) di sini hari ini.

Minggu lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran Malaysia mungkin berdepan masalah jerebu rentas sempadan dalam masa terdekat.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah dilaporkan berkata situasi itu dijangka berlaku susulan ramalan cuaca lebih kering ekoran fenomena El Nino yang berterusan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Malaysia pernah mengalami kejadian jerebu teruk hingga kerajaan terpaksa mengumumkan darurat.

Antaranya pada 1997 apabila IPU di Sarawak melebihi paras bahaya susulan kebakaran hutan dan kawasan perladangan di Sumatera dan Kalimantan Indonesia.

Selain itu, pada Ogos 2005, darurat alam sekitar sekali lagi diisytiharkan membabitkan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang apabila masing-masing mencatatkan bacaan IPU melebihi tahap kecemasan 521 dan 529.

Pada 2013 pula, sekurang-kurangnya enam negara di Asia Tenggara terjejas susulan krisis jerebu rentas sempadan yang berpunca daripada kebakaran di Sumatera dan Kalimantan Indonesia.

Tambah Fadhlina, garis panduan daripada KKM terpakai kepada semua dan mesti dipatuhi bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Maknanya, kalau Indeks Pencemaran Udara (IPU) lebih daripada 100, maka tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan dan ikut garis panduan tersebut,” katanya.

 Dalam perkembangan lain, Fadhlina memaklumkan isu kekurangan guru dialami ketika ini adalah bersifat sementara.

Beliau berkata, usaha bagi mengatasi masalah itu sudah dilakukan melalui pengambilan secara ‘one-off’ selain proses pengambilan secara kontrak untuk jawatan tersebut.

Sumber :Utusan Malaysia

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending