Connect with us

Terkini

Isu jerebu: Malaysia utus surat kepada Indonesia

Malaysia sudah melaksanakan tindakan susulan dengan Indonesia berhubung masalah jerebu rentas sempadan yang melanda beberapa negeri, dengan menghantar surat kepada negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Isu jerebu: Malaysia utus surat kepada Indonesia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia sudah melaksanakan tindakan susulan dengan Indonesia berhubung masalah jerebu rentas sempadan yang melanda beberapa negeri, dengan menghantar surat kepada negara itu.
  • Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata surat itu sudah dihantar kepada rakan sejawatnya di Indonesia.
  • “Kita sudahpun menghantar surat kepada menteri sejawat saya mengenai masalah itu seperti disebut Perdana Menteri tempoh hari,” kata Nik Nazmi kepada pemberita selepas Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM), di sini semalam.
  • Sebelum ini, Indonesia menafikan dakwaan jerebu rentas sempadan berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di negara berkenaan.
  • Namun, Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) mengesan 2,203 titik panas di sekitar Kalimantan berbanding hanya empat di Sarawak, dalam tempoh 20 hingga 28 September lalu, membuktikan keadaan jerebu di Sarawak kini berpunca dari negara jiran.

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah melaksanakan tindakan susulan dengan Indonesia berhubung masalah jerebu rentas sempadan yang melanda beberapa negeri, dengan menghantar surat kepada negara itu.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata surat itu sudah dihantar kepada rakan sejawatnya di Indonesia.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat susulan arahan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pihaknya menyelaras dengan rakan sejawat dalam ASEAN, termasuk Indonesia untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan.

“Kita sudahpun menghantar surat kepada menteri sejawat saya mengenai masalah itu seperti disebut Perdana Menteri semalam.

“Justeru, kita sudah susulinya dengan surat kepada beliau,” katanya kepada pemberita selepas Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM), di sini hari ini (semalam).

Semalam, Perdana Menteri mengarahkan Nik Nazmi supaya menyelaras dengan rakan sejawatnya dalam ASEAN, termasuk Indonesia untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan.

Setakat pagi tadi, kualiti udara di Sri Aman berada pada tahap tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 108.

Advertisement

Sebelum ini, Indonesia menafikan dakwaan jerebu rentas sempadan berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di negara berkenaan.

Namun, Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) mengesan 2,203 titik panas di sekitar Kalimantan berbanding hanya empat di Sarawak, dalam tempoh 20 hingga 28 September lalu, membuktikan keadaan jerebu di Sarawak kini berpunca dari negara jiran.

Pada masa sama, Nik Nazmi berkata, semua negara ASEAN termasuk Indonesia sudah meratifikasi Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan, sebelum ini.

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia menubuhkan panel penasihat dan perundingan untuk mendapatkan maklum balas mengenai suara negara dalam aspek perubahan iklim untuk dibawa ke konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022 (COP28), di Dubai, November ini.

“Kita juga ada melancarkan Pavilion COP28 untuk kita pamerkan segala yang Malaysia lakukan dalam menangani perubahan iklim.

“Selain itu, pandangan dari syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan kerajaan, pihak akademik, badan bukan kerajaan dan anak muda melalui panel penasihat dan perundingan turut kita masukkan dalam pavilion ini.

Advertisement

“Dari situ, kita akan pendirian Malaysia di peringkat tertinggi dalam soal perubahan iklim,” katanya.

Mengenai IGEM, Nik Nazmi berkata, acara yang memasuki tahun ke-14 ini menyasarkan peluang perniagaan bernilai RM4 bilion melalui lebih 400 peserta pameran.

Selain itu katanya, acara ini juga menyasarkan lebih 40,000 pengunjung daripada 40 buah negara.

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending