Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah AS tolak permohonan Trump tangguh perbicaraan

Mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam menolak permohonan Donald Trump untuk menangguhkan perbicaraan kes fitnah dihadapinya berkait dakwaan bahawa beliau merogol seorang penulis pada pertengahan 1990-an.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah AS tolak permohonan Trump tangguh perbicaraan
Foto: Donald Trump.
  • Mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam menolak permohonan Donald Trump menangguhkan perbicaraan kes fitnah dihadapinya berkait dakwaan beliau merogol seorang penulis pada pertengahan 1990-an.
  • Hakim Daerah Lewis Kaplan di Manhattan sekali gus memerintahkan perbicaraan dimulakan mengikut jadual pada 25 April ini, namun membenarkan bekas Presiden AS itu mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana wanita berkenaan menampung kos perundangannya.
  • Peguam Trump berkata, pihaknya memerlukan lebih masa selepas mendapat tahu daripada pasukan peguam plaintif, E Jean Carroll, bahawa jutawan yang juga pengasas bersama LinkedIn, Reid Hoffman bantu membiayai kes sivil wanita itu.
  • Pembabitan Hoffman merupakan seorang penyumbang terkenal kepada parti Demokrat, menimbulkan persoalan sama ada Carroll membuat tuduhan terhadap Trump daripada parti Republikan, bagi tujuan agenda politik.

NEW YORK: Mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam menolak permohonan Donald Trump untuk menangguhkan perbicaraan kes fitnah dihadapinya berkait dakwaan bahawa beliau merogol seorang penulis pada pertengahan 1990-an.

Hakim Daerah Lewis Kaplan di Manhattan sekali gus memerintahkan perbicaraan dimulakan mengikut jadual pada 25 April ini, namun membenarkan bekas Presiden AS itu mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana wanita berkenaan menampung kos perundangannya.

Peguam Trump berkata, pihaknya memerlukan lebih banyak masa selepas mendapat tahu daripada pasukan peguam plaintif, E Jean Carroll, bahawa jutawan yang juga pengasas bersama LinkedIn, Reid Hoffman membantu membiayai kes sivil wanita itu.

Mereka menekankan, pembabitan Hoffman yang juga seorang penyumbang terkenal kepada parti Demokrat, menimbulkan persoalan sama ada Carroll membuat tuduhan terhadap Trump daripada parti Republikan, bagi tujuan agenda politik.

Kaplan dalam arahan setebal dua muka surat, berkata peranan Hoffman tiada kaitan secara langsung dengan kes sama ada Trump memfitnah Carroll dengan menuduh dakwaan wanita itu bahawa beliau merogolnya adalah suatu penipuan, melalui hantaran dalam platform media sosial Truth Social milik bekas Presiden itu pada Oktober 2022.

Namun, hakim itu berkata, pembabitan Hoffman ‘berkemungkinan terbukti relevan’ dengan kredibiliti Carroll, selepas wanita terbabit memberi keterangan bersumpah pada Oktober lalu bahawa tiada sesiapa membiayai kos perundangannya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *