Terkini
Jangan angkuh, pertimbangkan pengeluaran KWSP
Sesetengah menteri diingatkan agar tidak terlalu angkuh dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.
- Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pengeluaran secara bersasar itu perlu dipertimbangkan bukannya mengetengahkan pendekatan pinjaman secara bercagar melalui bank yang dilihat tidak berkesan dalam membantu rakyat memandangkan terdapat peraturan-peraturan khas ditetapkan oleh institusi kewangan terbabit.
- “Sekiranya kerajaan membenarkan pinjaman bercagar sememangnya institusi kewangan itu akan mendapat untung namun mereka juga ada menetapkan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi.”
- “Bagi sahaja (pengeluaran KWSP) kerana itu hak rakyat malah mereka memerlukannya untuk tujuan khusus masing-masing.”
- “Menteri-menteri ini jangan jadi angkuh sangat menerusi jawapan-jawapan mereka berhubung perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis moreh Ahli Parlimen Arau di Kubang Gajah di sini semalam.
ARAU: Sesetengah menteri diingatkan agar tidak terlalu angkuh dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.
Dalam keadaan rakyat yang semakin terdesak kerajaan sepatutnya mempertimbangkan pengeluaran tersebut bukannya memberi pelbagai alasan.
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pengeluaran secara bersasar itu perlu dipertimbangkan bukannya mengetengahkan pendekatan pinjaman secara bercagar melalui bank yang dilihat tidak berkesan dalam membantu rakyat memandangkan terdapat peraturan-peraturan khas ditetapkan oleh institusi kewangan terbabit.
“Sekiranya kerajaan membenarkan pinjaman bercagar sememangnya institusi kewangan itu akan mendapat untung namun mereka juga ada menetapkan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi.
“Bagi sahaja (pengeluaran KWSP) kerana itu hak rakyat malah mereka memerlukannya untuk tujuan khusus masing-masing.
“Menteri-menteri ini jangan jadi angkuh sangat menerusi jawapan-jawapan mereka berhubung perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis moreh Ahli Parlimen Arau di Kubang Gajah, di sini, semalam.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyarankan rakyat mencari alternatif lain seperti berniaga daripada membuat pengeluaran KWSP bagi menyelesaikan masalah.
Kenyataan itu dibuat Ahmad sekali gus menolak usul pengeluaran KWSP bersasar yang dibahaskan di Dewan Negara.
“KWSP adalah simpanan hari tua, bukan simpanan hari muda. Ia simpanan untuk masa depan. Kalau kita nak selesaikan masalah ketika ini, kita perlu ada option (pilihan) yang ketiga dan bukan hanya perlu berhutang.
“Kalau tak mahu berhutang, jangan pergi ah long tetapi kita boleh berniaga kerana ada RM40 billion pinjaman mudah yang kita berikan dalam Belanjawan 2023. Carilah segala perkara itu, RM40 bilion itu untuk membantu rakyat yang kesusahan dan bukan hanya menunggu untuk mengeluarkan (KWSP) untuk kali kelima,” katanya.
Mengulas lanjut, Shahidan berkata, jawapan yang diberikan oleh Ahmad berhubung pengeluaran KWSP itu adalah tidak wajar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri seharusnya memberi maklum balas mengenai perkara itu.
“Benda ini adalah sesuatu yang serius dan Timbalan Menteri Kewangan sewajarnya tidak perlu memberi komen memandangkan percakapannya sering kali tersasar,” katanya.
Selain itu, Shahidan berkata, kerajaan perlu mengambil pendekatan sebagaimana dilaksanakan bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menggunakan rizab daripada badan tertentu sebagai sumber bagi pengeluaran KWSP.
“Rakyat tidak mahu pinjaman bercagar melalui bank dan kerajaan perlu perhalusi perkara ini bagi membantu mereka bagi memboleh pengeluaran KWSP ini,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia