Connect with us

Antarabangsa

Pemain bola sepak Perancis dilarang berbuka puasa

Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) dikritik hebat gara-gara melarang perubahan perlawanan yang membolehkan pemain Islam berbuka puasa di bulan Ramadan, demikian lapor Islam Channel. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemain bola sepak Perancis dilarang berbuka puasa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) memaklumkan kepada pemain beragama Islam yang perlawanan tidak boleh ditangguhkan atau diubah, hanya untuk memberi laluan mereka berbuka puasa.
  • Menurut e-mel FFF kepada Suruhanjaya Pengadil Persekutuan (CFA), mereka melarang perkara itu kerana ia tidak menghormati peruntukan Statut FFF.
  • Tindakan FFF itu dilihat berbeza dengan pendirian Liga Bola Sepak Inggeris dan Liga Perdana yang membenarkan pemain berbuka puasa ketika perlawanan.

Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) dikritik hebat gara-gara melarang perubahan perlawanan yang membolehkan pemain Islam berbuka puasa di bulan Ramadan, demikian lapor Islam Channel. 

Pemain Islam dalam pasukan bola sepak kebangsaan Perancis, Les Bleus, termasuk Ibrahima Konate dan Paul Pogba yang mencapai status superstar antarabangsa semasa kejohanan Piala Dunia di Qatar baru-baru ini, telah dimaklumkan yang perlawanan tidak boleh ditangguhkan atau diubah hanya untuk memberi laluan mereka berbuka puasa.

Pendedahan e-mel daripada FFF kepada Suruhanjaya Pengadil Persekutuan (CFA) menyebut yang “gangguan sedemikian tidak menghormati peruntukan Statut FFF” dan oleh itu ianya dilarang.

Mereka turut menegaskan yang sebarang “pameran politik,ideologi, agama, atau kesatuan kerja” ketika kejohanan adalah dilarang.

“Padang bola sepak, stadium, gimnasium, bukan tempat menyuarakan politik atau agama, ia adalah tempat neutral di mana nilai-nilai sukan seperti kesaksamaan, persaudaraan, kesaksamaan, belajar menghormati pengadil, diri sendiri dan orang lain, mesti diutamakan,” tambah FFF dalam e-mel tersebut.

Terdahulu, pemain Islam diminta untuk tidak berpuasa selama lima hari ketika pemilihan menjelang perlawanan kelayakan EURO 2024 menentang Belanda pada 24 Mac dan Ireland pada 27 Mac.

Tindakan FFF itu dilihat berbeza dengan pendirian Liga Bola Sepak Inggeris dan Liga Perdana yang telah diberikan panduan membolehkan pemain berbuka puasa ketika perlawanan.

Ini membolehkan bintang bola sepak Islam seperti Mohamed Salah, Riyad Mahrez dan N’Golo Kante yang bermain untuk pasukan liga Perdana, berhenti bermain sebentar sebaik sahaja masuk waktu Maghrib untuk menjamah makanan dan minuman yang bersesuaian, gel tenaga atau makanan tambahan yang bersesuaian dengan batas agama mereka.

Pihak berwajib juga diminta untuk mengenal pasti pemain yang berpuasa sebelum perlawan dan membuat pengaturan yang sepatutnya agar keperluan mereka dapat dihormati sepenuhnya.

Sumber: Islam Channel

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *