Connect with us

Terkini

Perkemas aspek pemulihan banduan, kekalkan hukuman mati – Penganalisis

Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perkemas aspek pemulihan banduan, kekalkan hukuman mati - Penganalisis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.
  • Penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim mencadangkan agar aspek pemulihan banduan dalam penjara diperkemas.
  • “Hasrat kita agar satu pindaan boleh diluluskan. Bukan menghapuskan, tetapi cukup sekadar meminda hukuman mati mandatori. Hukuman mati secara umum masih ada bergantung kepada kes yang ada di depan hakim.
  • “Selain daripada itu kita boleh kekalkan hukuman penjara 30 hingga 40 tahun. Bagi mereka yang dah dikenakan hukuman begini khususnya yang dipenjara sepanjang hayat, mereka bebas pada umur 70 dan 80 tahun.

KUALA LUMPUR: Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.

Penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim mencadangkan agar aspek pemulihan banduan dalam penjara diperkemas.

“Hasrat kita agar satu pindaan boleh diluluskan. Bukan menghapuskan, tetapi cukup sekadar meminda hukuman mati mandatori. Hukuman mati secara umum masih ada bergantung kepada kes yang ada di depan hakim.

“Selain daripada itu kita boleh kekalkan hukuman penjara 30 hingga 40 tahun. Bagi mereka yang dah dikenakan hukuman begini khususnya yang dipenjara sepanjang hayat, mereka bebas pada umur 70 dan 80 tahun.

“Yang demikian, untuk mereka melakukan jenayah amat mustahil sedangkan puluhan tahun dalam penjara proses pemulihan telah dijalankan,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru terbitan Astro AWANI.

Shahul menegaskan bahawa beliau menyokong usaha kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori dan digantikan dengan hukuman penjara sepanjang hayat antara 30 hingga 40 tahun.

Namun, katanya, langkah tambahan yang perlu diambil ialah mengasingkan banduan yang boleh dipulihkan dengan banduan lain yang melakukan jenayah berat, agar proses pemulihan dalam penjara boleh memberi kesan kekal.

Sumber: Astro Awani

Author