Connect with us

Terkini

Syed Saddiq desak kerajaan kaji semula keputusan henti pelepasan cukai SSPN

Kerajaan digesa mengkaji semula keputusan tidak melanjutkan insentif pelepasan cukai individu ke atas simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kerana ia memberi implikasi besar terutama kepada keluarga daripada golongan pertengahan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Syed Saddiq desak kerajaan kaji semula keputusan henti pelepasan cukai SSPN
Foto: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan semula isu pelepasan cukai untuk pencarum SSPN yang dihentikan seperti diumumkan semalam.
  • “Ini bukan perkara kecil kerana implikasi kewangan kepada semua keluarga kelas pertengahan amat besar sekali sebab pelepasan RM8,000 setahun bukan jumlah yang kecil,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
  • Syed Saddiq berkata, simpanan SSPN adalah untuk masa depan generasi akan datang, malah semua pihak mengetahui kos untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tidak murah dan bukan semua orang berkemampuan.
  • “Pada hemat saya, dengan menghentikan pelepasan cukai ini secara tidak langsung ia akan membantutkan usaha menggalakkan golongan pertengahan melabur dalam pendidikan anak mereka,” katanya. 

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengkaji semula keputusan tidak melanjutkan insentif pelepasan cukai individu ke atas simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kerana ia memberi implikasi besar terutama kepada keluarga daripada golongan pertengahan.

Susulan itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan semula isu pelepasan cukai untuk pencarum SSPN yang dihentikan seperti diumumkan semalam.

“Ini bukan perkara kecil kerana implikasi kewangan kepada semua keluarga kelas pertengahan amat besar sekali sebab pelepasan RM8,000 setahun bukan jumlah yang kecil,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

BH semalam melaporkan, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu hingga RM8,000, mulai Tahun Taksiran 2023.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, berkata ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN susulan pelbagai alasan.

Syed Saddiq berkata, simpanan SSPN adalah untuk masa depan generasi akan datang, malah semua pihak mengetahui kos untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tidak murah dan bukan semua orang berkemampuan.

“Pada hemat saya, dengan menghentikan pelepasan cukai ini secara tidak langsung ia akan membantutkan usaha menggalakkan golongan pertengahan melabur dalam pendidikan anak mereka.

“Pembatalan insentif ini juga merampas peluang keluarga daripada golongan pertengahan untuk membuat tabungan pendidikan sebagai jaminan anak mereka,” katanya.

Justeru, beliau berharap Perdana Menteri dapat mengkaji semula ketetapan itu demi masa depan negara.

Sumber: Berita Harian

Author