Connect with us

Terkini

Tun M gesa Anwar kemuka bukti beliau bolot kekayaan

Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengemukakan bukti kononnya beliau membolot kekayaan untuk diri dan keluarganya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tun M gesa Anwar kemuka bukti beliau bolot kekayaan
Foto: Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Bekas Perdana Menteri itu berkata, dakwaan tanpa disertakan dengan bukti yang jelas, tidak boleh diterima sebagai perkara benar, selain ia adalah fitnah.
  • “Saya mengeluh sekarang kerana kehilangan segala-galanya oleh orang Melayu berlaku selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.
  • “Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tetapi kerajaan PH (Pakatan Harapan) dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
  • Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023, baru-baru ini, berkata rakyat khususnya orang Melayu tidak perlu lagi diperbodohkan dengan kenyataan pemimpin tertentu yang mendakwa memperjuangkan hak kaum berkenaan, namun dalam masa sama membolot kekayaan.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengemukakan bukti kononnya beliau membolot kekayaan untuk diri dan keluarganya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, dakwaan tanpa disertakan dengan bukti yang jelas, tidak boleh diterima sebagai perkara benar, selain ia adalah fitnah.

“Saya mengeluh sekarang kerana kehilangan segala-galanya oleh orang Melayu berlaku selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.

“Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tetapi kerajaan PH (Pakatan Harapan) dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023, baru-baru ini, berkata rakyat khususnya orang Melayu tidak perlu lagi diperbodohkan dengan kenyataan pemimpin tertentu yang mendakwa memperjuangkan hak kaum berkenaan, namun dalam masa sama membolot kekayaan.

“Ada orang sekarang selepas 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham.

“Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu, untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang hilang kuasa, bicara soal rakyat,” katanya.

Ucapan itu dibuat selepas Dr Mahathir sebelum ini sering mengeluarkan kenyataan yang mengkritik kerajaan pimpinan Anwar.

Malah, Dr Mahathir menyifatkan kerajaan takut dengan bayang-bayang sendiri berdasarkan tindakan yang diambil mereka ketika ini, termasuk menghalang perhimpunan Proklamasi Melayu, yang sepatutnya disertai bekas Perdana Menteri terbabit.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, beliau menyertai usaha menerusi Proklamasi Melayu itu adalah untuk menyedarkan kaum terbabit dengan masalah yang dihadapi mereka.

“Isi kandungan proklamasi ini menepati peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Perlembagaan UMNO. Menghalang pelancaran ini bermakna kerajaan Anwar menolak Perlembagaan negara dan Perlembagaan UMNO.

“UMNO tidak bantah. UMNO tidak lagi pegang kepada matlamat penubuhannya. Sebab itu, puak lain perlu diadakan untuk melindungi hak orang Melayu dan Bumiputera lain.

“Apabila kerajaan menghalang pihak lain melancar proklamasi ini, ia mengkhianati janji dalam Perlembagaan negara. Sebab itu, orang Melayu patut tentang kerajaan pimpinan Anwar,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author