Terkini
‘SJK tutup kantin masa pelajar Islam berpuasa?’ – Presiden PERKASA
“Nak perpaduan antara kaum tapi murid bukan Islam masih kecil lagi tidak mahu diajar menghormati orang Islam sedang menjalani ibadah puasa. Nanti mereka besar, apakah mereka tahu nak hormat orang Islam sedang berpuasa ke???”
- “Nak perpaduan antara kaum tapi murid bukan Islam masih kecil lagi tidak mahu diajar menghormati orang Islam sedang menjalani ibadah puasa. Nanti mereka besar, apakah mereka tahu nak hormat orang Islam sedang berpuasa ke???”
- “Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) tutup tak kantin ketika pelajar Islam berpuasa di bulan ramadan?? Ada ke mereka terfikir masalah pelajar Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan sedang berpuasa??? Apakah kita sahaja yang nak kena jaga hati dan perasaan mereka ke????”
- Itu reaksi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali susulan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata pengusaha kantin sekolah disaran terus beroperasi sepanjang ramadan walaupun mempunyai kurang daripada 10 peratus murid bukan Islam.
KUALA LUMPUR – “Nak perpaduan antara kaum tapi murid bukan Islam masih kecil lagi tidak mahu diajar menghormati orang Islam sedang menjalani ibadah puasa. Nanti mereka besar, apakah mereka tahu nak hormat orang Islam sedang berpuasa ke???”
Demikian reaksi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali susulan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata pengusaha kantin sekolah disaran terus beroperasi sepanjang ramadan walaupun mempunyai kurang daripada 10 peratus murid bukan Islam.
Ini berikutan, bukan semua murid beragama Islam berpuasa terutamanya yang masih kecil, selain menyantuni murid bukan Islam.
“Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) tutup tak kantin ketika pelajar Islam berpuasa di bulan ramadan?? Ada ke mereka terfikir masalah pelajar Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan sedang berpuasa??? Apakah kita sahaja yang nak kena jaga hati dan perasaan mereka ke????” soal Syed Hassan di Facebook, pada Khamis.
Menurut beliau, hanya kaum Melayu dan Islam sahaja yang selalu mengalah dalam semua perkara, termasuk apabila melibatkan hal berkaitan Melayu atau Islam.
Golongan ini apabila bertegas sedikit dalam menyuarakan perkara melibatkan Melayu dan Islam pasti akan ada pemimpin Melayu sendiri mengancam ingin mengambil tindakan ke atas mereka yang bersuara.
“Semuanya kita sahaja yang nak mengalah. Kalau ada sikit ketegasan kita suarakan pasal Melayu dan Islam ada sahaja kata-kata dari pemimpin Melayu sendiri ancam akan ambil tindakan kononnya kitalah yang cuba pecah belahkan rakyat dan anti kaum lain.
“Sampai sultan pun sama menegur. Masa Ramasamy buat kenyataan-kenyataan yang mengguris hati dan perasaan orang Melayu dan Islam, senyap pulak semua.
“Ini Menteri Pendidikan pula nak tunduk dengan kepentingan pelajar bukan Islam di bulan ramadan yang selama ini kantin-kantin sekolah kebangsaan ditutup pada bulan yang mulia ini,” katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa menyifatkan tidak wajar semua kantin sekolah dibuka dan beroperasi pada bulan ramadan kerana ada sekolah mempunyai bilangan pelajar bukan Islam tidak ramai iaitu kurang daripada 10 peratus.
Katanya, jika kantin sekolah dibuka, pengusaha kantin perlu menanggung kos pengoperasian yang mana tidak boleh ditampung oleh nilai jualan diperolehi. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook Syed Hassan Syed Ali