Terkini
Pelajar hisap vape boleh dibuang sekolah jika ulangi kesalahan – Fadhlina

- Pelajar yang mengulangi kesalahan menghisap rokok elektronik atau vape di sekolah boleh digantung sesi persekolahan selama 14 hari yang tidak melibatkan peperiksaan awam atau dibuang sekolah.
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata tindakan itu berdasarkan Surat Siaran Bilangan 17 Tahun 2015 yang dikeluarkan pihak kementerian bagi melarang penggunaan vape di sekolah.
- Tindakan awal yang akan diambil pihak sekolah adalah memberikan amaran kepada murid yang didapati terlibat salah laku vape, termasuk memanggil ibu bapa untuk sesi konsultasi.
- “Dan kita juga melihat bahawa ketegasan kita itu sehinggalah ke tahap mereka ini boleh dibuang dari sekolah kerana kita menganggap bahawa tindakan dia yang melibatkan diri dengan gejala vape ini, adalah sesuatu yang sangat serius,” katanya di Dewan Negara pada Rabu
KUALA LUMPUR — Pelajar yang mengulangi kesalahan menghisap rokok elektronik atau vape di sekolah boleh digantung sesi persekolahan selama 14 hari yang tidak melibatkan peperiksaan awam atau dibuang sekolah.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata tindakan itu berdasarkan Surat Siaran Bilangan 17 Tahun 2015 yang dikeluarkan pihak kementerian bagi melarang penggunaan vape di sekolah.
Beliau berkata tindakan awal yang akan diambil pihak sekolah adalah memberikan amaran kepada murid yang didapati terlibat salah laku vape, termasuk memanggil ibu bapa untuk sesi konsultasi.
“Pertama, harus ada amaran kemudian mereka ini akan dipanggil ibu bapanya untuk konsultasi, menerangkan keadaan anak-anak ini, penglibatannya dan apa yang telah dilanggar dari segi rukun ataupun peraturan sekolah.
“Kemudian dia (pelajar terlibat) perlu melengkapkan borang aku janji untuk tidak melakukan kesalahan ini lagi dan sekiranya dia masih ingkar dan melakukan serta mengulangi perbuatan ini, maka dia boleh digantung persekolahan selama 14 hari.
“Dan kita juga melihat bahawa ketegasan kita itu sehinggalah ke tahap mereka ini boleh dibuang dari sekolah kerana kita menganggap bahawa tindakan dia yang melibatkan diri dengan gejala vape ini, adalah sesuatu yang sangat serius,” katanya di Dewan Negara di sini pada Rabu. — The Merdeka Times
