Connect with us

Terkini

Ramadan: Sekolah wajar buka kantin untuk pelajar bukan Islam – Fadhlina

Pengurusan sekolah wajar meneruskan operasi kantin masing-masing seperti biasa pada bulan Ramadan dengan mendapat persetujuan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan pengusaha kantin serta dimaklumkan kepada ibu bapa dan murid.

Wartawan TMT

Published

on

Ramadan: Sekolah wajar buka kantin untuk pelajar bukan Islam - Fadhlina
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengurusan sekolah wajar meneruskan operasi kantin masing-masing seperti biasa pada bulan Ramadan dengan mendapat persetujuan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan pengusaha kantin serta dimaklumkan kepada ibu bapa dan murid.
  • “Mengapa perlu menutup kantin?, mereka tidak terbabit dalam amalan ibadah berpuasa seperti orang Islam.” – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek 
  • “Mereka adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang hanya melihat anak-anak orang Islam berpuasa, biarlah mereka meneruskan aktiviti masing-masing,” katanya.
  • Tegasnya, pihak sekolah perlu memantau pengoperasian kantin sekolah dengan memastikan penjualan makanan berkualiti, mencukupi dan pengusaha kantin harus menjual makanan dan minuman dengan harga berpatutan.

LIPIS: Pengurusan sekolah wajar meneruskan operasi kantin masing-masing seperti biasa pada bulan Ramadan dengan mendapat persetujuan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan pengusaha kantin serta dimaklumkan kepada ibu bapa dan murid.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tidak ada masalah meneruskan pengoperasian kantin pada bulan Ramadan bagi menyantuni murid yang bukan Islam.

“Mengapa perlu menutup kantin?, mereka tidak terbabit dalam amalan ibadah berpuasa seperti orang Islam.

“Mereka adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang hanya melihat anak-anak orang Islam berpuasa, biarlah mereka meneruskan aktiviti masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Pengoperasian Pembukaan Model Khas Komprehensif 11 (K11) Secara Rintis di Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (RPS) Betau, dekat sini hari ini.

Namun, Fadhlina berkata, perkara penting yang perlu diberi perhatian pihak sekolah di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Murid (HEM) ialah memantau pengoperasian kantin sekolah dengan memastikan penjualan makanan yang berkualiti dan bernutrisi dan jualan makanan mencukupi.

“Pengusaha kantin tidak boleh menjual makanan dan minuman yang dilarang berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh KPM melalui surat bertarikh 15 Mac 2017 serta menjual makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan berdasarkan harga yang ditetapkan dalam sebut harga.

Sementara itu, pelaksanaan bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) hendaklah dilaksanakan bermula pada hari pertama sesi persekolahan.

“Sekiranya terdapat isu yang menyebabkan RMT tidak dapat dilaksanakan pada hari pertama, sekolah perlu memaklumkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan kadar segera untuk tindakan pembetulan serta merta.

“Kadar RMT dinaikkan sebanyak RM1.00 kepada RM3.50 daripada RM2.50 bagi Semenanjung dan RM3.00 ke RM4.00 bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk memastikan kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan adalah mengikut standard minimum menu yang dibekalkan oleh KPM,” katanya.

Fadhlina turut meminta pihak sekolah memberi perhatian elemen sentuhan jiwa dengan menggalakkan guru yang bertugas dan pentadbir untuk makan bersama-sama murid penerima RMT.- katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Perundangan baharu kawal selia penerbitan kalimah ‘Allah’ sedang disediakan – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.
  • “Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak JAKIM, Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan AGC dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 
  • “Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.
  • Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.

“Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 

“Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

Pada 23 Oktober 2023,  media melaporkan garis panduan baharu mengenai Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah Allah akan diteliti dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu terbabit.

Saifuddin dilaporkan mengatakan cadangan garis panduan itu sudah dikemukakan kepada MKI selepas selesai lima sesi libat urus diadakan sebelum ini.

Katanya, KDN akan mengambil panduan hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja itu untuk mengadakan garis panduan baharu bagi isu penggunaan kalimah Allah.

KDN sebelum ini mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak, termasuk AGC, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JAKIM, Majlis Profesor Malaysia dan Persatuan-persatuan Peguam Muslim Syarie Malaysia.

Ia susulan KDN dan kerajaan Malaysia pada 15 Mei 2023 dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. 

Memetik BERNAMA, Jill Ireland dilaporkan memohon semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan cakera padat (CD) dengan tajuk mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008 dan perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah itu dalam penerbitan Kristian.

Mahkamah pada 2014 memerintahkan CD itu dipulangkan dan setelah melalui beberapa proses, memutuskan arahan KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending