Connect with us

Terkini

Tidak wajar buka kantin jika pelajar bukan Islam kurang 10 peratus

Tidak wajar semua kantin sekolah dibuka dan beroperasi pada bulan Ramadan kerana ada sekolah yang mempunyai bilangan pelajar bukan Islam tidak ramai iaitu kurang daripada 10 peratus.

Wartawan TMT

Published

on

Tidak wajar buka kantin jika pelajar bukan Islam kurang 10 peratus
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) harus menyerahkan keputusan untuk membuka kantin sekolah berdasarkan pertimbangan pihak pentadbiran sekolah dan pengusaha kantin mengikut keperluan pelajar.
  • “Apabila kantin sekolah dibuka, pengusaha kantin perlu menanggung kos pengoperasian yang mana tidak boleh ditampung oleh nilai jualan yang diperoleh.”
  • “Sekiranya sesebuah sekolah mempunyai bilangan pelajar bukan Islam melebihi 10 peratus daripada keseluruhan bilangan pelajar, jadi wajar untuk pengusaha kantin meneruskan operasi kantin sekolah itu.
  • “Oleh itu, tiada keperluan untuk membuka kantin bagi sekolah rendah kebangsaan kerana jumlah pelajar bukan Islam hanya sedikit.”

KUALA LUMPUR: Tidak wajar semua kantin sekolah dibuka dan beroperasi pada bulan Ramadan kerana ada sekolah yang mempunyai bilangan pelajar bukan Islam tidak ramai iaitu kurang daripada 10 peratus.

Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) harus menyerahkan keputusan untuk membuka kantin sekolah berdasarkan pertimbangan pihak pentadbiran sekolah dan pengusaha kantin mengikut keperluan pelajar.

Katanya, sekiranya kantin sekolah dibuka, pengusaha kantin perlu menanggung kos pengoperasian yang mana tidak boleh ditampung oleh nilai jualan yang diperoleh.

“Sekiranya sesebuah sekolah mempunyai bilangan pelajar bukan Islam melebihi 10 peratus daripada keseluruhan bilangan pelajar, jadi wajar untuk pengusaha kantin meneruskan operasi kantin sekolah itu.

“Ini pun tetap membabitkan kos operasi yang tinggi dan pengusaha kantin perlu bijak mengurusnya,” katanya dengan menambah jika tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan pengusaha kantin tidak mendapat pusingan modal.

Baru-baru ini media melaporkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tidak ada masalah meneruskan pengoperasian kantin pada bulan Ramadan bagi menyantuni murid yang bukan Islam namun perlu mendapat persetujuan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan pengusaha kantin serta dimaklumkan kepada ibu bapa dan murid.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Kantin Bumiputera Johor Bahru, Mohd Fozi Tahir berpendapat cadangan untuk pengurusan sekolah meneruskan operasi kantin masing-masing seperti biasa pada bulan Ramadan wajar diteruskan bagi sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Katanya, ramai pelajar berbangsa Cina, India dan lain-lain lagi di sekolah menengah dan SJK berbanding sekolah rendah.

“Oleh itu, tiada keperluan untuk membuka kantin bagi sekolah rendah kebangsaan kerana jumlah pelajar bukan Islam hanya sedikit,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending