Connect with us

Antarabangsa

Hampir separuh pelajar Muslim di Massachusetts dibuli kerana identiti agama mereka

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Satu dalam dua pelajar atau hampir separuh iaitu 48 peratus pelajar Muslim di Massachusetts mendakwa mereka dibuli disebabkan identiti agama mereka sepanjang tahun persekolahan 2023-2024.
  • Perlakuan buli termasuk penghinaan lisan dan kekerasan fizikal.
  • CAIR-MA telah menjalankan tinjauan ke atas 325 pelajar Muslim daripada gred 6 hingga 12 di sebelas daerah di Massachusetts dan hasil tinjauan menunjukkan tahap buli dan layanan buruk berasaskan agama sangat tinggi, melebihi purata buli kebangsaan.

MASSACHUSETTS —  Menurut laporan terbaru Council on American-Islamic Relations (CAIR) Massachusetts, pelajar Muslim di sekolah K-12 berdepan dengan perlakuan buli berpanjangan yang amat membimbangkan disebabkan pegangan agama mereka.

Satu dalam dua pelajar atau hampir separuh iaitu 48 peratus pelajar Muslim di Massachusetts mendakwa mereka dibuli disebabkan identiti agama mereka sepanjang tahun persekolahan 2023-2024.

Perlakuan buli termasuk penghinaan lisan dan kekerasan fizikal.

CAIR-MA telah menjalankan tinjauan ke atas 325 pelajar Muslim daripada gred 6 hingga 12 di sebelas daerah di Massachusetts dan hasil tinjauan menunjukkan tahap buli dan layanan buruk berasaskan agama sangat tinggi, melebihi purata buli kebangsaan.

Berikut antara pecahan perbuatan buli yang dialami pelajar muslim di sekolah di Massachusetts ;

1) Sebanyak 48 peratus pelajar Muslim melaporkan mengalami buli di sekolah hanya kerana agama mereka.

2) 22 peratus mengakui dibuli secara tetap samada setiap bulan, minggu malah setiap hari.

3) 35 peratus pelajar yang memakai hijab telah dibuli secara fizikal atau ada rakan sebaya yang cuba menanggalkan tudung mereka.

4) 37 peratus menyaksikan rakan-rakan Muslim mereka dibuli, mendedahkan trauma kolektif dalam komuniti sekolah ini.

5) 10 peratus berasa tidak selamat untuk mengaku mereka Muslim, sementara 23 peratus mempertimbangkan untuk mengubah tingkah laku atau penampilan mereka untuk menyembunyikan agama mereka.

Menurut CAIR-MA, dapatan baharu ini juga membuktikan gabungan identiti agama dan etnik membuatkan risiko untuk dibuli lebih tinggi. -The Merdeka Times

Author