Terkini
‘Sexual grooming’ kanak-kanak antara punca HIV – Timbalan Menteri Kesihatan
Amalan gaya hidup ‘man to man’ menjadi sebahagian besar penyumbang jangkitan HIV di negara ini, termasuk amalan pengantunan seksual (sexual grooming) melibatkan kanak-kanak atau remaja.
- Amalan gaya hidup ‘man to man’ menjadi sebahagian besar penyumbang jangkitan HIV di negara ini, termasuk amalan pengantunan seksual (sexual grooming) melibatkan kanak-kanak atau remaja.
- Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, 90 peratus jangkitan HIV melibatkan rakyat di negara ini adalah terdiri dari kaum lelaki.
- “Sekiranya data menunjukkan jangkitan HIV bermula umur 20 tahun, ini bermaksud jangkitan tersebut sudah berlaku pada tempoh usia remaja dan itu berlaku bermula di peringkat persekolahan.
- “Juga saya melihat isu seperti grooming menjadi punca mengapa ada sebahagian kanak-kanak ataupun remaja terpaksa memilih gaya hidup yang tidak begitu sihat ini.
- “Kita perlu bekerjasama dengan agensi-agensi, NGO yang sentiasa mengadakan awareness untuk cara-cara pencegahan,” katanya menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, semalam.
KUALA LUMPUR – Amalan gaya hidup ‘man to man’ menjadi sebahagian besar penyumbang jangkitan HIV di negara ini, termasuk amalan pengantunan seksual (sexual grooming) melibatkan kanak-kanak atau remaja.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, 90 peratus jangkitan HIV melibatkan rakyat di negara ini adalah terdiri dari kaum lelaki.
“Sekiranya data menunjukkan jangkitan HIV bermula umur 20 tahun, ini bermaksud jangkitan tersebut sudah berlaku pada tempoh usia remaja dan itu berlaku bermula di peringkat persekolahan.
“Juga saya melihat isu seperti grooming menjadi punca mengapa ada sebahagian kanak-kanak ataupun remaja terpaksa memilih gaya hidup yang tidak begitu sihat ini.
“Kita perlu bekerjasama dengan agensi-agensi, NGO yang sentiasa mengadakan awareness untuk cara-cara pencegahan,” katanya menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, semalam.
Kenyataan itu dibuat bagi menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) yang meminta penjelasan berkenaan strategi mitigasi kerajaan dalam menangani isu jangkitan HIV berdasarkan kumpulan sasaran yang dikenal pasti pihak kementerian, memandangkan kini pasangan homoseksual mencatatkan data kes jangkitan paling tinggi dalam negara.
Jika pada tahun 90-an dan awal 2000 kes jangkitan AIDS atau HIV kebanyakan disebabkan suntikan jarum namun hari ini amalan ‘man to man’ menjadi sebahagian besar punca jangkitan HIV berlaku di Malaysia.
Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini sedang mengadakan satu sesi libat urus berkenaan pemberian ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) dalam usaha menangani jangkitan HIV.
“Saya melihat adalah lebih baik kita mencegah golongan berisiko ini dari menyebar luas jangkitan HIV di kalangan pasangan, masyarakat atau ke dalam kenalan mereka.
“Maka saya memohon agar kita sentiasa menjalankan satu sesi libat urus dan KKM akan melihat semula program rintis yang sedang dilaksanakan untuk melihat sama ada ia perlu diteruskan atau kita perlu mempunyai satu way forward supaya dapat mencegahkan masalah HIV ini terutama sekali melibatkan gaya hidup dalam kalangan lelaki ini (man to man),” katanya di sini.
Kementerian Kesihatan pada Disember lalu dilaporkan akan melakukan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.
Ubat PrEP secara percuma itu akan diberikan kepada golongan berisiko dijangkiti HIV, termasuk komuniti LGBT, di mana ia menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengamal perubatan, terutama doktor Muslim. — The Merdeka Times
Sumber: Youtube Parlimen Malaysia