Connect with us

Terkini

‘Sexual grooming’ kanak-kanak antara punca HIV – Timbalan Menteri Kesihatan

Amalan gaya hidup ‘man to man’ menjadi sebahagian besar penyumbang jangkitan HIV di negara ini, termasuk amalan pengantunan seksual (sexual grooming) melibatkan kanak-kanak atau remaja.

Hidayah Sani

Published

on

‘Sexual grooming’ kanak-kanak antara punca HIV - Timbalan Menteri Kesihatan
Foto: Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.
  • Amalan gaya hidup ‘man to man’ menjadi sebahagian besar penyumbang jangkitan HIV di negara ini, termasuk amalan pengantunan seksual (sexual grooming) melibatkan kanak-kanak atau remaja.
  • Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, 90 peratus jangkitan HIV melibatkan rakyat di negara ini adalah terdiri dari kaum lelaki.
  • “Sekiranya data menunjukkan jangkitan HIV bermula umur 20 tahun, ini bermaksud jangkitan tersebut sudah berlaku pada tempoh usia remaja dan itu berlaku bermula di peringkat persekolahan.
  • “Juga saya melihat isu seperti grooming menjadi punca mengapa ada sebahagian kanak-kanak ataupun remaja terpaksa memilih gaya hidup yang tidak begitu sihat ini.
  • “Kita perlu bekerjasama dengan agensi-agensi, NGO yang sentiasa mengadakan awareness untuk cara-cara pencegahan,” katanya menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, semalam.

KUALA LUMPUR – Amalan gaya hidup ‘man to man’ menjadi sebahagian besar penyumbang jangkitan HIV di negara ini, termasuk amalan pengantunan seksual (sexual grooming) melibatkan kanak-kanak atau remaja.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, 90 peratus jangkitan HIV melibatkan rakyat di negara ini adalah terdiri dari kaum lelaki.

“Sekiranya data menunjukkan jangkitan HIV bermula umur 20 tahun, ini bermaksud jangkitan tersebut sudah berlaku pada tempoh usia remaja dan itu berlaku bermula di peringkat persekolahan.

“Juga saya melihat isu seperti grooming menjadi punca mengapa ada sebahagian kanak-kanak ataupun remaja terpaksa memilih gaya hidup yang tidak begitu sihat ini.

“Kita perlu bekerjasama dengan agensi-agensi, NGO yang sentiasa mengadakan awareness untuk cara-cara pencegahan,” katanya menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, semalam.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) yang meminta penjelasan berkenaan strategi mitigasi kerajaan dalam menangani isu jangkitan HIV berdasarkan kumpulan sasaran yang dikenal pasti pihak kementerian, memandangkan kini pasangan homoseksual mencatatkan data kes jangkitan paling tinggi dalam negara. 

Jika pada tahun 90-an dan awal 2000 kes jangkitan AIDS atau HIV kebanyakan disebabkan suntikan jarum namun hari ini amalan ‘man to man’ menjadi sebahagian besar punca jangkitan HIV berlaku di Malaysia.

Advertisement

Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini sedang mengadakan satu sesi libat urus berkenaan pemberian ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) dalam usaha menangani jangkitan HIV.

“Saya melihat adalah lebih baik kita mencegah golongan berisiko ini dari menyebar luas jangkitan HIV di kalangan pasangan, masyarakat atau ke dalam kenalan mereka.

“Maka saya memohon agar kita sentiasa menjalankan satu sesi libat urus dan KKM akan melihat semula program rintis yang sedang dilaksanakan untuk melihat sama ada ia perlu diteruskan atau kita perlu mempunyai satu way forward supaya dapat mencegahkan masalah HIV ini terutama sekali melibatkan gaya hidup dalam kalangan lelaki ini (man to man),” katanya di sini.

Kementerian Kesihatan pada Disember lalu dilaporkan akan melakukan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.

Ubat PrEP secara percuma itu akan diberikan kepada golongan berisiko dijangkiti HIV, termasuk komuniti LGBT, di mana ia menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengamal perubatan, terutama doktor Muslim. — The Merdeka Times

Sumber: Youtube Parlimen Malaysia

Advertisement

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending