Antarabangsa
Jurulatih pasukan bola sepak Indonesia gesa pemain tidak berpuasa
Pengendali pasukan bola sepak Indonesia, Shin Tae Yong menggesa anak buahnya agar tidak berpuasa menjelang dua aksi persahabatan menentang Burundi pada 25 dan 28 Mac ini.
- Pengendali pasukan bola sepak Indonesia, Shin Tae Yong menggesa anak buahnya agar tidak berpuasa menjelang dua aksi persahabatan menentang Burundi pada Mac ini.
- Menurut jurulatih kelahiran Korea Selatan itu, gesaan itu dibuat bagi memastikan kesemua pemainnya berada di tahap yang cergas menjelang aksi berkenaan.
- Justeru bagi memastikan perkara berkenaan menjadi realiti, beliau berkata akan bertemu dengan pemimpin agama negara tersebut dan juga pemain bagi membincangkan perkara ini.
- “Mungkin ada hari yang pemain tidak perlu puasa dan pemain boleh mengganti puasa yang ditinggal selepas bulan Ramadan. Kita akan membicarakan perkara ini dengan lebih lanjut,” katanya.
Kuala Lumpur: Pengendali pasukan bola sepak Indonesia, Shin Tae Yong menggesa anak buahnya agar tidak berpuasa menjelang dua aksi persahabatan menentang Burundi pada 25 dan 28 Mac ini.
Menurut jurulatih kelahiran Korea Selatan itu, gesaan itu dibuat bagi memastikan kesemua pemainnya berada di tahap yang cergas menjelang aksi berkenaan.
Justeru bagi memastikan perkara berkenaan menjadi realiti, Tae Yong berkata dirinya akan bertemu dengan pemimpin agama negara tersebut dan juga pemain bagi membincangkan perkara ini.
“Puasa memang agak sukar buat saya kerana pemain perlu makan pada waktu tertentu bagi mengekalkan kecergasan mereka. Jika tidak makan dan harus lari dan beraksi, maka itu agar sukar bagi pemain.
“Jadi saya harus berbincang dahulu dengan pemimpin agama dan pemain bagi membincangkan perkara ini supaya mereka boleh memberikan sepenuh fokus terhadap dua perlawanan yang akan dihadapi.
“Mungkin ada hari yang pemain tidak perlu puasa dan pemain boleh mengganti puasa yang ditinggal selepas bulan Ramadan. Kita akan membicarakan perkara ini dengan lebih lanjut,” kata Tae-yong.
Untuk rekod, Indonesia terpaksa mengadakan dua perlawanan menentang lawan sama selepas mereka mengalami kesukaran untuk mencari pasukan lawan pada jendela Fifa kali ini.
Sumber: Harian Metro