Connect with us

Terkini

Batalkan penganjuran ‘Thai Hot Guy’ serta-merta – Pemuda AMANAH

Pemuda AMANAH menggesa penganjuran acara tidak bermoral dibatalkan serta-merta susulan kontroversi acara ‘Thai Hot Guy’ yang didakwa akan berlangsung pada bulan Ramadan ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemuda AMANAH gesa penganjuran acara tidak bermoral dibatalkan serta-merta susulan kontroversi acara ‘Thai Hot Guy’ yang didakwa akan berlangsung pada bulan Ramadan ini.
  • Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Senator Mohd Hasbie Muda berkata pihaknya  akan menghantar satu surat bantahan kepada DBKL untuk segera menguatkuasakan larangan acara itu serta acara seumpama ini pada masa akan datang.
  • “Pemuda AMANAH Nasional membantah keras penganjuran acara pembukaan rasmi sebuah bar iaitu Privacy Club Tun Razak pada 30 Mac ini bertempat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
  • “Pemuda AMANAH Nasional memandang berat penganjuran acara sebegini sebagai satu yang menjijikkan, biadab serta tidak menghormati sensitiviti majoriti masyarakat Malaysia apatah lagi diadakan dalam bulan suci umat Islam di negara ini,” katanya di Facebook hari ini.

KUALA LUMPUR – Pemuda AMANAH menggesa penganjuran acara tidak bermoral dibatalkan serta-merta susulan kontroversi acara ‘Thai Hot Guy’ yang didakwa akan berlangsung pada bulan Ramadan ini.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Senator Mohd Hasbie Muda berkata pihaknya  akan menghantar satu surat bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  (DBKL) untuk segera menguatkuasakan larangan acara terbabit serta acara seumpama ini pada masa akan datang.

Beliau yang menyifatkan acara itu menjijikkan berkata ia seolah-olah ingin membawa anasir kebebasan keterlaluan yang songsang ke dalam negara kita.

“Pemuda AMANAH Nasional membantah keras penganjuran acara pembukaan rasmi sebuah bar iaitu Privacy Club Tun Razak pada 30 Mac ini bertempat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

“Pemuda AMANAH Nasional memandang berat penganjuran acara sebegini sebagai satu yang menjijikkan, biadab serta tidak menghormati sensitiviti majoriti masyarakat Malaysia apatah lagi diadakan dalam bulan suci umat Islam di negara ini,” katanya di Facebook hari ini.

Foto: Tangkap Layar di Facebook Parti Amanah Negara.

Hasbie berkata, pihaknya percaya kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan DBKL akan mengambil langkah-langkah tegas menangani hal ini.

Dalam pada itu, DBKL hari ini mengesahkan sebuah bar yang dikaitkan dengan isu di atas tidak mempunyai lesen hiburan atau permohonan menjalankan aktiviti hiburan.

Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata kementerian itu akan mendapatkan maklumat lanjut bagi mengenal pasti penganjur dan pihak yang memberi kelulusan program berkenaan diadakan.— The Merdeka Times

Sumber: Facebook Parti Amanah Negara, Youtube Parlimen Malaysia

Author