Antarabangsa
Paderi Kristian berpuasa di bulan Ramadan

- “Berpuasa semasa Ramadan memperkukuh pemahaman saya tentang empati dan menguatkan komitmen saya terhadap keharmonian Kristian-Muslim,” katanya.
- Pengarah Columban Centre for Christian-Muslim Relations, Rev Dr Patrick McInerney bukan sahaja mengamalkan ibadah puasa Ramadan malah turut menyambut Aidilfitri sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan Muslimnya.
AUSTRALIA — Pengarah Columban Centre for Christian-Muslim Relations, Rev Dr Patrick McInerney bukan sahaja mengamalkan ibadah puasa Ramadan malah turut menyambut Aidilfitri sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan Muslimnya.
McInerney berkongsi pengalamannya itu dalam sebuah program podcast di Australia.
Menurut Paderi tersebut, berkhidmat lebih 20 tahun di Pakistan membuatkan dirinya lebih memahami budaya dan nilai bersama antara dua agama.
“Berpuasa semasa Ramadan memperkukuh pemahaman saya tentang empati dan menguatkan komitmen saya terhadap keharmonian Kristian-Muslim,” katanya.
Dr McInerney antara individu yang aktif mempromosi rasa hormat dan pemahaman antara penganut Kristian dan Muslim di Australia menerusi pelbagai inisiatif buat masyarakat.-The Merdeka Times
