Connect with us

Terkini

Pengusaha perlu ada sijil halal jika mahu iklan bufet Ramadan di Perak – JAIPk

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ingatkan semua pengusaha, termasuk yang menawarkan perkhidmatan bufet pada bulan Ramadan atau bufet Ramadan di negeri itu untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
  • Menurut hantaran Facebook Bahagian Pengurusan Halal, JAIPk, gagal melakukan sedemikian boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011).
  • Premis yang perlu memohon sijil halal itu termasuk hotel, resort, restoran,  kedai makan, pengusaha bufet Ramadan dan seumpamanya.

KUALA LUMPUR — Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengingatkan semua pengusaha, termasuk yang menawarkan perkhidmatan bufet pada bulan Ramadan atau bufet Ramadan di negeri itu untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurut satu hantaran Facebook Bahagian Pengurusan Halal, JAIPk, pihak yang membuat iklan dengan ungkapan merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet Ramadan bagi tujuan perniagaan tanpa memiliki SPHM yang sah adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011).

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Bahagian Pengurusan Halal, JAIPk.

Premis yang perlu memohon sijil halal itu membabitkan hotel atau resort, restoran atau kedai makan, pengusaha bufet Ramadan dan seumpamanya.

Katanya, contoh ungkapan iklan yang perlu memohon pensijilan itu adalah ‘Iftar Ramadan’, ‘Bufet Ramadan’, ‘Set Ramadan’ dan seumpamanya.

“Pihak yang membuat iklan dengan ungkapan merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal & boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet Ramadan bagi tujuan perniagaan tanpa memiliki SPHM yang sah adalah melakukan kesalahan di bawah APD 2011.

“Jika ada pengusaha dalam Negeri Perak yang merancang untuk menyediakan perkhidmatan seperti di atas dan seumpamanya, dinasihatkan untuk mendapatkan SPHM secepat mungkin melalui Bahagian Pengurusan Halal, JAIPk,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu. — The Merdeka Times

Author