Connect with us

Antarabangsa

PBB gesa antarabangsa selaras sekatan terhadap junta Myanmar

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar, semalam menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyelaraskan sekatan bagi menangani salah laku oleh tentera negara Asia Tenggara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PBB gesa antarabangsa selaras sekatan terhadap junta Myanmar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pelapor Khas PBB mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar, menyeru masyarakat antarabangsa menyelaraskan sekatan bagi menangani salah laku oleh tentera negara Asia Tenggara itu.
  • Sejak junta merampas kuasa, Myanmar berdepan huru-hara, dengan gerakan penentangan memerangi tentera dalam pelbagai bidang berikutan tindakan kejam mengorbankan rakyat di negara itu.
  • Keganasan junta merangsang dan menguatkan pembangkang dengan sekatan diselaraskan serta disasarkan boleh melemahkan lagi kepemimpinan tentera.
  • Junta sebelum ini dilaporkan sedang menjalankan kempen yang sah terhadap pengganas dan menafikan kekejaman berlaku.

GENEVA: Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar, semalam menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyelaraskan sekatan bagi menangani salah laku oleh tentera negara Asia Tenggara itu.

Sejak junta merampas kuasa pada Februari 2021, Myanmar berdepan huru-hara, dengan gerakan penentangan memerangi tentera dalam pelbagai bidang berikutan tindakan kejam yang mengorbankan rakyat di negara itu.

Pelapor khas, Thomas Andrews, memberitahu pemberita di Geneva, keganasan junta merangsang dan menguatkan pembangkang dengan sekatan yang diselaraskan serta disasarkan boleh melemahkan lagi kepemimpinan tentera.

“Mereka kurang mengawal negara itu, berbanding ketika permulaan rampasan kuasa.

“Kita boleh membuat perbezaan yang sangat ketara jika kita meningkatkan sokongan dan menyelaraskannya. Saya fikir ia menjadi dunia yang berbeza,” katanya,” kata Andrews mengenai junta Myanmar.

Andrews sebelum itu menyampaikan ucapan kepada Majlis Hak Asasi Manusia, satu-satunya badan terdiri daripada kerajaan yang melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia.

Katanya, negara terbabit perlu menganalisis bagaimana mereka boleh memberi tamparan hebat kepada junta dan analisis itu harus membawa mereka untuk ‘menyelaraskan bersama pelaksanaan sekatan dan sekatan senjata’.

“Terdapat duluan untuk beberapa penyelarasan antara beberapa negara. Jadi apa yang saya katakan adalah ‘mari kita membinanya’,” katanya.

Laporan PBB yang diterbitkan bulan ini mendapati, keganasan meningkat di barat laut dan tenggara Myanmar disebabkan ‘serangan udara tanpa diskriminasi dan bedilan artileri tentera, pembakaran besar-besaran di kampung untuk memindahkan penduduk awam dan penafian akses kemanusiaan’.

Junta sebelum ini dilaporkan berkata, mereka sedang menjalankan kempen yang sah terhadap pengganas dan menafikan kekejaman berlaku.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *