Antarabangsa
PBB gesa antarabangsa selaras sekatan terhadap junta Myanmar
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar, semalam menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyelaraskan sekatan bagi menangani salah laku oleh tentera negara Asia Tenggara itu.
- Pelapor Khas PBB mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar, menyeru masyarakat antarabangsa menyelaraskan sekatan bagi menangani salah laku oleh tentera negara Asia Tenggara itu.
- Sejak junta merampas kuasa, Myanmar berdepan huru-hara, dengan gerakan penentangan memerangi tentera dalam pelbagai bidang berikutan tindakan kejam mengorbankan rakyat di negara itu.
- Keganasan junta merangsang dan menguatkan pembangkang dengan sekatan diselaraskan serta disasarkan boleh melemahkan lagi kepemimpinan tentera.
- Junta sebelum ini dilaporkan sedang menjalankan kempen yang sah terhadap pengganas dan menafikan kekejaman berlaku.
GENEVA: Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar, semalam menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyelaraskan sekatan bagi menangani salah laku oleh tentera negara Asia Tenggara itu.
Sejak junta merampas kuasa pada Februari 2021, Myanmar berdepan huru-hara, dengan gerakan penentangan memerangi tentera dalam pelbagai bidang berikutan tindakan kejam yang mengorbankan rakyat di negara itu.
Pelapor khas, Thomas Andrews, memberitahu pemberita di Geneva, keganasan junta merangsang dan menguatkan pembangkang dengan sekatan yang diselaraskan serta disasarkan boleh melemahkan lagi kepemimpinan tentera.
“Mereka kurang mengawal negara itu, berbanding ketika permulaan rampasan kuasa.
“Kita boleh membuat perbezaan yang sangat ketara jika kita meningkatkan sokongan dan menyelaraskannya. Saya fikir ia menjadi dunia yang berbeza,” katanya,” kata Andrews mengenai junta Myanmar.
Andrews sebelum itu menyampaikan ucapan kepada Majlis Hak Asasi Manusia, satu-satunya badan terdiri daripada kerajaan yang melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia.
Katanya, negara terbabit perlu menganalisis bagaimana mereka boleh memberi tamparan hebat kepada junta dan analisis itu harus membawa mereka untuk ‘menyelaraskan bersama pelaksanaan sekatan dan sekatan senjata’.
“Terdapat duluan untuk beberapa penyelarasan antara beberapa negara. Jadi apa yang saya katakan adalah ‘mari kita membinanya’,” katanya.
Laporan PBB yang diterbitkan bulan ini mendapati, keganasan meningkat di barat laut dan tenggara Myanmar disebabkan ‘serangan udara tanpa diskriminasi dan bedilan artileri tentera, pembakaran besar-besaran di kampung untuk memindahkan penduduk awam dan penafian akses kemanusiaan’.
Junta sebelum ini dilaporkan berkata, mereka sedang menjalankan kempen yang sah terhadap pengganas dan menafikan kekejaman berlaku.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times