Teknologi
Teleskop kaji pembentukan alam semesta, projek termahal NASA
Teleskop angkasa James Webb merupakan projek sains paling mahal pernah dijalankan oleh NASA. Projek tersebut memakan masa lebih dua dekad dan menelan belanja lebih 10 billion dolar Amerika.
- Projek ini memakan masa lebih dua dekad dan menelan belanja lebih 10 billion dolar Amerika.
- Bajet projek ini bermula dari 1 billion dolar Amerika pada tahun 2000.
- Teleskop ini dilancarkan pada 25 Disember 2021.
- Dihantar ke angkasa pada jarak 1.5 juta km dari bumi.
KUALA LUMPUR – Teleskop angkasa James Webb merupakan projek sains paling mahal pernah dijalankan oleh NASA. Projek tersebut memakan masa lebih dua dekad dan menelan belanja lebih 10 billion dolar Amerika.
Bajet yang diperuntukkan kerajaan Amerika bagi projek ini bermula dari 1 billion dolar Amerika pada tahun 2000. Kos pembinaan teleskop ini kian meningkat dari tahun ke tahun sehinggakan kerajaan Amerika hampir batalkan projek ini.
Pada 25 Disember 2021, teleskop tersebut telah dilancarkan pada satu lokasi di angkasa dengan jarak 1.5 juta km dari bumi. Jarak teleskop itu adalah yang paling jauh berbanding jarak yang pernah diterokai angkasawan sebelum ini.
Teleskop James Webb ini dihantar ke luar angkasa melalui roket Ariane 5. Disebabkan saiznya yang sangat besar, teleskop ini dicipta dengan fungsi yang boleh dilipat supaya muat memasuki bahagian hujung roket tersebut.
NASA menggelarkan perjalanan teleskop itu ke ruang angkasa sebagai “30 hari yang ngeri” kerana proses yang dilalui amatlah rumit dan mereka harus memastikan kebarangkalian ralat bahagian teknikal projek itu adalah kurang dari 344 kebarangkalian. Jika berlaku satu sahaja kesilapan teknikal pada teleskop itu, maka projek termahal di dunia itu akan menjadi sia-sia.
Pelancaran dan pengaktifan teleskop ini adalah satu kejayaan buat NASA. Namun, 20 tahun lalu pihak mereka tidak menyangka projek ini akan menjadi yang termahal di dunia. Teleskop ini akan mengkaji fenomena pembentukan alam semesta serta kelahiran sesebuah planet.
(Sumber: Insider)