Connect with us

Antarabangsa

NASA temui tasik purba di Marikh?

Rover Perseverance milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menemui sesuatu yang mungkin merupakan tasik purba di Marikh dan kemungkinan tempat kediaman bagi kehidupan mikrob.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rover Perseverance milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menemui sesuatu yang mungkin merupakan tasik purba di Marikh dan kemungkinan tempat kediaman bagi kehidupan mikrob.
  • Penyiasatan Kawah Jezero di planet itu mengesahkan bahawa air mengalir di sana kira-kira 3 bilion tahun lalu, disahkan dengan kewujudan sedimen dan tanah liat serta bukti hakisan air pada batu di kawasan tersebut.
  • “Kami dapat melihat pelbagai deposit berbeza, tetapi kami tidak dapat memastikan sama ada apa yang dilihat merupakan keadaan aslinya atau apakah kami melihat kesimpulan dari kisah geologi yang panjang,” kata pasukan UCLA di sebalik penemuan itu dipetik RT.

Rover Perseverance milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menemui sesuatu yang mungkin merupakan tasik purba di Marikh dan kemungkinan tempat kediaman bagi kehidupan mikrob.

Penyiasatan Kawah Jezero di planet itu mengesahkan bahawa air mengalir di sana kira-kira 3 bilion tahun lalu, disahkan dengan kewujudan sedimen dan tanah liat serta bukti hakisan air pada batu di kawasan tersebut.

Dengan radar pada Perseverance, penyelidik dapat menentukan tasik itu bukan sahaja tempat bagi lapisan sedimen yang meluas, tetapi sedimen itu dimendapkan dalam beberapa tempoh masa di antara zaman hakisan. Dalam erti kata lain, airnya mengalir.

“Kami dapat melihat pelbagai deposit berbeza, tetapi kami tidak dapat memastikan sama ada apa yang dilihat merupakan keadaan aslinya atau apakah kami melihat kesimpulan dari kisah geologi yang panjang,” kata pasukan UCLA di sebalik penemuan itu dipetik RT. 

Penemuan itu mencetuskan spekulasi bahawa tasik itu juga berpotensi menjadi rumah kepada kehidupan mikrob, berdasarkan pelbagai kandungan mineral terdapat dalam sedimen, yang mirip kepada delta sungai di bumi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending