Connect with us

Terkini

Jabatan Penjara buat penilaian sebelum benar banduan jalani pemulihan dalam komuniti

Jabatan Penjara melakukan penilaian risiko terhadap seseorang banduan sebelum memberi peluang kepada mereka menjalani program pemulihan dalam komuniti. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jabatan Penjara buat penilaian sebelum benar banduan jalani pemulihan dalam komuniti
Foto: Datuk Abdul Aziz Abdul Razak.
  • Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata pihaknya akan memastikan banduan mencapai tahap tertentu ketika menjalani hukuman di dalam penjara serta dipastikan selamat untuk berada dalam komuniti sebelum dipilih menjalani program itu.
  • “Mereka sentiasa dalam pengawasan kami… bukan semua banduan akan dibawa keluar tapi ia berpandu kepada tahap pemulihan yang mereka telah capai.
  • “Kita akan buat keputusan, (jika) mereka selamat dalam masyarakat, maka akan dibawa keluar,” katanya semasa menjadi tetamu dalam rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV bertajuk Sambutan Hari Penjara ke-233 semalam.

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Jabatan Penjara melakukan penilaian risiko terhadap seseorang banduan sebelum memberi peluang kepada mereka menjalani program pemulihan dalam komuniti. 

Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata pihaknya akan memastikan banduan telah mencapai tahap tertentu ketika menjalani hukuman di dalam penjara serta dipastikan selamat untuk berada dalam komuniti sebelum dipilih menjalani program itu.

“Mereka sentiasa dalam pengawasan kami… bukan semua banduan akan dibawa keluar tapi ia berpandu kepada tahap pemulihan yang mereka telah capai.

“Kita akan buat keputusan, (jika) mereka selamat dalam masyarakat, maka akan dibawa keluar,” katanya 

Beliau berkata demikian semasa menjadi tetamu dalam rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV bertajuk Sambutan Hari Penjara ke-233, di sini hari ini. 

Menurut Abdul Aziz sokongan rakyat penting untuk menjayakan pelaksanaan program dalam komuniti kerana tanpa penglibatan atau penerimaan masyarakat, usaha berkenaan tidak akan mencapai kejayaan.

“Jabatan Penjara sudah mainkan peranan dengan pelbagai syarikat untuk memastikan mereka (banduan) ini bekerja dan mereka akan dilindungi insurans, mendapat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan gaji mengikut gaji minimum yang dikuatkuasakan oleh kerajaan,” katanya. 

Sementara itu, beliau  menjemput orang ramai untuk menyertai sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Malaysia di Kajang pada 21 Mac ini secara fizikal atau dalam talian.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *