Connect with us

Terkini

Tidak perlu rujuk waris mangsa dalam hal pengampunan banduan

Tiada peruntukan undang-undang menghendaki Lembaga Pengampunan merujuk ahli keluarga mangsa bagi memperoleh izin memberi pengampunan kepada banduan sebelum keputusan ditetapkan.

Wartawan TMT

Published

on

Tidak perlu rujuk waris mangsa dalam hal pengampunan banduan
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Tiada peruntukan undang-undang menghendaki Lembaga Pengampunan rujuk ahli keluarga mangsa bagi peroleh izin beri pengampunan kepada banduan sebelum keputusan ditetapkan.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara berkenaan perkara itu.
  • “Keanggotaan Lembaga Pengampunan itu sendiri adalah mekanisme terbaik bagi memastikan ia berfungsi dengan adil dan bebas.
  • “Selain itu, anggota Lembaga Pengampunan daripada pelbagai latar belakang yang dilantik Yang di-Di Pertuan Agong juga dapat memastikan perjalanannya tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan campur tangan daripada mana-mana pihak,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.
  • Beliau menjawab soalan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai sama ada kerajaan bercadang memasukkan ahli waris pihak yang terbabit dalam kes bunuh sebagai anggota Lembaga Pengampunan, seperti termaktub dalam Perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR: Tiada peruntukan undang-undang menghendaki Lembaga Pengampunan merujuk ahli keluarga mangsa bagi memperoleh izin memberi pengampunan kepada banduan sebelum keputusan ditetapkan.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara berkenaan perkara itu.

“Keanggotaan Lembaga Pengampunan itu sendiri adalah mekanisme terbaik bagi memastikan ia berfungsi dengan adil dan bebas.

“Kedudukan Seri Paduka yang mempengerusikan Lembaga Pengampunan adalah Ketua Negara yang bebas dan berkecuali daripada sebarang pengaruh.

“Selain itu, anggota Lembaga Pengampunan daripada pelbagai latar belakang yang dilantik Yang di-Di Pertuan Agong juga dapat memastikan perjalanannya tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan campur tangan daripada mana-mana pihak,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai sama ada kerajaan bercadang memasukkan ahli waris pihak yang terbabit dalam kes bunuh sebagai anggota Lembaga Pengampunan, seperti termaktub dalam Perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan.

Azalina menjelaskan, perkara berkaitan Lembaga Pengampunan termaktub di bawah Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri mempunyai kuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum dengan nasihat Lembaga Pengampunan.

Advertisement

Di peringkat Persekutuan, kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah bagi semua kes dan kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Dalam konteks Persekutuan, Perkara 42 Klausa 11 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Lembaga Pengampunan terdiri daripada seorang menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan, Peguam Negara atau wakilnya serta tidak lebih daripada tiga orang lain yang dilantik Yang di-Pertuan Agong, yang bukan seorang anggota badan perundangan (legislatif),” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending