Antarabangsa
Iran siasat kes 700 pelajar perempuan keracunan
Kira-kira 700 pelajar perempuan di Iran dilaporkan mengalami keracunan disebabkan gas toksik sejak November tahun lalu.

- Kira-kira 700 pelajar perempuan di Iran dilaporkan mengalami keracunan disebabkan gas toksik sejak November tahun lalu.
- Mereka hanya mengalami masalah pernafasan, loya dan keletihan berpanjangan.
- Pihak pendakwa raya memaklumkan, pihaknya telah membuka siasatan jenayah minggu lalu dan mendapati ia adalah jenayah terancang.
- Terbaharu, 37 lagi pelajar mengalami keracunan di Sekolah Perempuan Khayya di Pardis di bandar Tehran.
- Situasi berkenaan menyebabkan ramai ibu bapa berhimpun menyuarakan kemarahan dan kebimbangan mereka di hadapan pejabat Gabenor di bandar Qom.
TEHRAN, 8 Syaaban 1444H, Rabu – Kira-kira 700 pelajar perempuan di Iran dilaporkan mengalami keracunan disebabkan gas toksik sejak November tahun lalu.
Bagaimanapun, tiada laporan kematian direkodkan, mereka hanya mengalami masalah pernafasan, loya dan keletihan berpanjangan.
Sementara itu, pihak pendakwa raya memaklumkan, pihaknya telah membuka siasatan jenayah minggu lalu dan mendapati ia adalah jenayah terancang.
Kejadian pertama melibatkan kes keracunan berlaku pada 30 November lalu apabila 18 pelajar di Sekolah Teknikal Nour di bandar Qom dikejarkan ke hospital.
Malah di wilayah Lorestan di bandar Borujed kira-kira 194 pelajar dilaporkan mengalami keracunan membabitkan empat buah sekolah.
Terbaharu, 37 lagi pelajar mengalami keracunan di Sekolah Perempuan Khayya di Pardis di bandar Tehran.
Situasi berkenaan menyebabkan ramai ibu bapa berhimpun menyuarakan kemarahan dan kebimbangan mereka di hadapan pejabat Gabenor di bandar Qom.
Ada ibu bapa mendakwa, anak mereka mengalami keletihan berpanjangan selepas mengalami keracunan. – Agensi
Sumber: Ismaweb
