Connect with us

Terkini

Jalan rosak lebih enam bulan tanpa tindakan

Tiada apa yang lebih diharapkan oleh kira-kira 2,000 penduduk Taman Damai dan Kampung Paya Ketiau di Padang Serai dekat sini, selain mengharapkan tindakan segera daripada pihak berwajib untuk memperbaiki jalan yang rosak sejak lebih enam bulan lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jalan rosak lebih enam bulan tanpa tindakan
Gambar keadaan Jalan Damai 3 rosak di simpang masuk ke Taman Damai, Padang Serai dekat Kulim.
  • Laluan itu sering digunakan penduduk ke Sungai Karangan, Merbau Pulas dan Kuala Ketil selain hantar anak ke sekolah berhampiran. – Penduduk Taman Damai & Kampung Paya Ketiau, Padang Serai.
  • “Jalan itu juga jadi laluan utama penduduk ke bank serta kedai serbaneka.”
  • “Jalan rosak tersebut mempunyai banyak lubang dan sangat membahayakan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal.”
  • “Terdapat beberapa lubang ditutup guna sisa bahan binaan seperti batu,” katanya.

KULIM – Tiada apa yang lebih diharapkan oleh kira-kira 2,000 penduduk Taman Damai dan Kampung Paya Ketiau di Padang Serai dekat sini, selain mengharapkan tindakan segera daripada pihak berwajib untuk memperbaiki jalan yang rosak sejak lebih enam bulan lalu.

Penduduk mendakwa, mereka kini berdepan kebimbangan de­ngan risiko terlibat kemalangan maut sekiranya jalan tersebut masih belum dibaiki.

Rata-rata pengguna jalan raya yang ditemui mahu pihak berkaitan menurap semula jalan sepanjang kira-kira 10 meter tersebut untuk memastikan ke­selesaan dan keselamatan mereka terjamin.

Seorang penduduk, K. Murthy, 57, berkata, laluan itu sering digunakan penduduk untuk ke Sungai Karangan, Merbau Pulas dan Kuala Ketil selain untuk menghantar anak ke sekolah berhampiran.

“Jalan itu juga menjadi laluan utama penduduk untuk ke bank serta kedai serbaneka,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, jalan rosak tersebut mempunyai banyak lubang dan sangat membahayakan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal.

Seorang lagi penduduk, Yusuff Ahmad, 67, berkata, terdapat beberapa lubang yang ditutup menggunakan sisa bahan binaan seperti batu.

“Biasanya ia hanya bersifat sementara dan kembali berlubang. Memang bahaya kepada penunggang motosikal terutama penduduk luar yang jarang melalui kawasan ini,” ujarnya.

Pesara T. Maniam, 40, berkata, dia pernah hampir terjatuh akibat hilang kawalan ketika melalui jalan berlubang di laluan itu beberapa minggu lalu.

“Ketika itu hujan baru berhenti dan saya tak nampak lubang yang berada di tepi jalan. Nasib baik saya sempat mengelak daripada terjatuh,” katanya.

Sumber: Kosmo

Author